Powered By Blogger

Wednesday 31 July 2013

Korea Day 6 - namdaemun, itaewon, hello kitty cafe @ hongdae

Hari ke 6 kami di korea..semuanya masih sihat, tak de yang sakit or demam, syukur..
Walaupun cuaca masih lagi negatif, tapi hari ini body aku macam dah boleh terima suhu negatif ni , dah tak rasa sejuk sampai nak gigil2 atau sejuk sampai ke tulang hitam..rasa macam sejuk2 nyamann gitew...
Pagi ni kami akan namdaemun, kat sini banyak lah jual baju, kasut boots, macam2 lagi lah..tapi tujuan utama kami kesini sebab nak carik brooch, bracelet dll.  aku hanya beli untuk family, manakala zaty, G, dan mun beli untuk berniaga..,cantik2 lah brooch kat sini, harga bermula dari 3K won ke atas..dekat 2 jam kami memilih , menelek kat kedai aunty ni.. selepas tu kami puun merondalah sekitar namdaemun sekejap, window soping jerr..hehhe..
namdaemun 



Tengok jam dah pukul 12.30noon, sebenarnya pagi tadi kami keluar dari GH agak lambat, sbb malam tadi G, Zaty, Mun dan Nani pergi JiJimblang SPA, mereka balik ke GH dalam pukul 1.30am , tu yg pagi ni kita adjust kluar lambat sikit, supaya semua orang dpt energy semula hihi... (tobat mereka tak mau pegi lg ke SPA tu , sbb kat sana semua kena bugil2 - choiiii , wakakaka,,hilang ilmu 40hari kata diorg ).
Memandangkan dah tengahari, kami pun ke itaewon, kat sini ramai lah kita akan jumpa bangsa2 lain ,macam arab, india, indonesia dan malaysia., juga terdapat banyak kedai2 menjual halal food, dan opkos lah harga nya sedikit mahal..kami teruslah ke salah sebuah restoren yang amat femes di kalangan pelancong dari malaysia..iaitu Restoran Muree., kedai ni menjual korean food yang halal dan ada juga menu yg lain.
Aku, Nani, Sal n linda memilih makan nasi beriani ayam, manakala zaty, mun, G n Kak As makan korean food. Harga nasi beriani disini adalah 10K/sepinggan ( nasi, sup, ayam dan hirisan carrot) , dan aku order segelas fresh oren dengan harga 8K..walaupun harga makanan kat kedai ni agak mahal, tapi rasanya sedappppppppppp sangat okeh, berbaloi dgn harganya...klu korang dtg sini kena try makan kat sini tau, ditambah pula dgn yang tukang jaga kedai tu ensemm bermata kehijauan dan coklat hazel ,,bertambah selero makannn..wakakak.


Selepas masing2 kekenyangan , kami pun teruslah mencari satu2nya masjid yang ada kat korea ni , iaitu Masjid Itaewon dekat jer yer antara masjid dgn kedai muree tu..cumanya masjid ni terletak diatas bukit lah, korang kena mendaki sikit..
Semasa menunggu kawan2 yang lain habis menunaikan kewajipan, sempat lah aku berkenalan dgn seorang pelancong dari malaysia, iaitu seorang makcik dgn 2 orang anak lelaki nya yg berumur lebih kurang 20an..meraka datang ke korea untuk jalan2 dan mereka ambil seorang tour guide gadis korea,
 Tiba2 aku perasan yg tangan salah seorang anak lelaki makcik tu berbalut seakan2 patah..makcik tu pun citer lah, yg anak dia main ski kat ski resort manatah (lupo)..pastu terjatuh dan patah tangann..diorang pun terus g klinik dan terpaksalah  membayar RM500 tau,,hanya untuk balut pakai bandage tu jer,,tak de simen2,,,mahal kan, Tehtiba teringat pulak nasib pekerja asing kat negara kita pun kena bayar harga yg mahal jugak kan klu diorang g hospital kat sini..uwa uwa.uwa...





Lepas tu kami pun berjalan lah sekitar itaewon , sempat lah membeli Tshirt HRC Seoul (ciplak) dgn harga 10K/ sehelai, jadi aku pun borong lah Tshirt utk family aku kat sini, walaupun ciplak, tapi kualiti kain2 nya sangat bagus tau ..puashati walaupun tak ori..miahahaha
On d way menuju ke station subway, sempat lah aku membeli kueh ikan inti kacang merah dan kebab.
Bila semua dah siap membeli kami terus menaiki subway ke hongik university di hongdae  untuk ke hello kitty cafe.


Bila sampai je kat area ni mmg ramai betul muda mudi korea, maklumlah tempat ni kan area universiti. Susah juga kami nak jumpa lokasi cafe hello kitty ni , sbb dia tersorok kat celah2 lorong . Kat lorong2 tu pulak banyak nya kedai2..jenuh lah kitaorang berpusing kat situ pun masih tak jumpa gak..akhir mun try rr tanya kat beberapa org korean yg lalu lalang kat situ..kebanyakan mereka pun tak tau...hehehheh..mun tanya lah pulak kat 2 orang pompuan korea ni..diorang tau...mereka pun bawaklah kitaorang ni pegi tempat tu,..
area hongik university
misi mencari hello kitty cafe bermula
mun minta bantuan 
Diorang ni berjalan laju betulll , termasuk lah dgn si mun tadi.....tah macam mana mun dgn korea2 ni pulak hilang dari pandangan kitaorang.. hehhehe..jenuh lah pulak kitaorang nak trace si mun tadi...
G mencari mun hehehhe 
G pun try telefon si mun, rupanya dia dah sampai kat hello kitty cafe tu, dia pun tunjuklah arah kat kitaorang pulak...akhirnya kitaorang pun sampai lah jugak kat cafe tu..layan gambar kat hello kitty cafe,, semuanya pinkkkk + putih... mood gegirl sangat kan...mihmih

sampai sudah...



alolo comey je sayang nak minum...
Setelah minum secawan kopi dan makan kebab yg beli di itaewon tadi, dan bergambar lebih kurang je..kitaorang pun diskas nak g mana lepas tu,, aku, sal, nani nak ke Myeondong, mana kala mun, zaty n linda nak ke insadong dan repeat makan ikan bakar kat dongdaemun, kak as n G balik GH lepastu nak ke dongdaemun join group mun makan ikan bakar..
sampai di Myeondong aku dan sal pun temanlah si nani beli beg di SPAO, dia dah bekenan bagpack tu dari semalam, last2 hari ni dia beli jugak begpek tu dgn harga 99k (Rm300+-), kelass nanii..tapi siyes lawa bekpek tu ...aku n sal pun beli gak bagpack untuk anak2 masing2 tapi dgn harga 10K je (RM30+-) hehehhehe...quality sangat elokk , walaupun anak den main campak je balik sekolah Grrrrrr.

beli bagpack kat sini
minum susu pisang..sangat2 sedap 
lepas membeli barang2 yang lain macam mekap, barang2 Kpop sikit , kami pun balik ke GH.
Sampai je kat subway Chungmuro jumpa pulak dgn Kak As n G di kedai Nature Republic kat dalam tu..diorang cakap tak jadi pegi ikan bakar sebab kedai dah tutup, zaty call diorang bagitau.
Kami pun balik lah sama2 ke GH.sampai di GH, Yoon2 owner GH tanya kawan2 kitaorang ada yang hilang dompet ke sambil tunjuk dompet Mun.
Kitaorang semua terkejut sbb yoon2 cakap ada korean guy telepon dia cakap ada guest dia tertinggal dompet..si yoon2 pun pergi kat sana collect dompet  Mun. baik betul korean guy tu kan...yoonyoon pun bagi kitaorang dompet Mun tu,, mula2 kitaorang nak buat suprise lah kat mun...kunun2 nak main2kan dia, tapi lps bincang2 tak jadi ,,sbb tetiba kitaorang tepikir agaknya macamana lah keadaan si mun masa tu...masuk je bilik G call Mun cakap suruh diorang balik ke GH sebab dompet ada pada kitaorang..

Mun sampai kat bilik mata dah merah sbb nangis,,Kesian dia, sib baik jumpa balik dompet tu, kalau tak esok terpaksa lah kitaorang ke itaewon untuk ke embassy.
Kalau korang nak tau dalam dompet mun tu ada duit won (RM1K+-), passport, dan segala jenis kad bank.dalam tu juga terselit Dalkom GH punya namecard..dgn adanya kad GH ni lah korean ni dapat pulang kan dompet tu semula...dan lagi yang bagusnya budak tu langsung tak ambil apa2 pun barang yang ada dalam dompet tu..baik sungguh lahh syukur korean yg jumpa tu pun baikk sangat..

Satu pesanan  untuk korang... pastikan passport, duit dan barang2 lain letak tempat asing2 , macam passport kalau boleh photocopy dalam 2/3 keping..aku kalau g mana2 mmg bawak salinan passport ni..setiap salinan dalam semua beg aku simpan..nampak aku sangat kiasu  kat situ, tapi klu terjadi mcm citer kat atas,  masa tu baru kelam kabut kan..lagi satu kalau stay kat mana2 hotel ambil lah namecard hotel simpan dalam dompet, masa kat sini kitaorang memang simpan sorang satu namecard GH sbb pikir buat nya salah sorang sesat kita boleh naik teksi balik ke GH , tengok banyak lagi kegunaannya namecard tu kan...

OPPss untuk membaca detik2 cemas Mun kehilangan dompet sila ke blog adik zaty http://amateurtravelholic.blogspot.com/2013/07/sonata-in-seoul-day-6.html

Ok lah abis lah citer hari ke 6 ..babaiii.




Tuesday 23 July 2013

Puding sagu gula melaka

masak2 lagi

Buat pencuci mulut ni pulak, sedap sangat rasanya. Seakan2 rasa cendol..Mr F yang tak suka kuih yang manis pun suka sangat dgn puding ni heehehhe..
ok ni resepi yang selalu aku guna lah..kalau korang nak resepi lain banyak jer kat blog2 masakan yg lain sila gugell okeyy

Bahan2
1 cawan  sagu biji (warna putih)
1 ltr air
2/3 helai daun pandan (simpul)
 
Cara2

1) Rendam sagu 1/2 jam lepas tu tos kan.
2) Mendidhkan air dalam periuk masukkan daun pandan 
3) masuk kan sagu kacau sehingga sagu bertukar warna jernih
4) Tutup api, masukkan sagu dalam tapis lalu kan di air paip( untuk buang kanji)
5) Tos, dan masuk kan sagu dalam acuan.
6) Masukkan dalam peti ais untuk lagi sedap.

Kuah
Bahan2
1 cawan santan pekat
sedikit garam
Cara2
masakkan santan tak perlu lah sampai mendidih, masuk kan garam sedikit.
## nak guna susu cair pun boleh, tapi aku lg suka guna santan.

Kuah manisan
Bahan2
1 ketul gula melaka/gula merah 
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan simpulkan
Cara2
Masukkan semua bahan dalam periuk masak sehingga gula hancur , tapis dan sejukkan.

Cara penyediaan
keluarkan sagu dari acuan, curahkan manisan dan santan pastu leh la ngappp..hehee




 





 


Thursday 18 July 2013

Korea Day 5

Sekejap je sudah masuk hari ke 5 kami berkelana dibumi korea ini (cehhh ayat ..berkelana kununnn wekkkk)
Planning hari ini kami akan ke Yangpyeong English Village.Dongdaemun, Cheongye stream.

Kalau korang pernah tengok drama "Boys Over Flower" (BOF) disinilah lokasi penggambaran untuk sekolah F4  itew, siapa F4?? F4 adalah watak utama dalam citer BOF,  terdiri dari 4 orang anak muda yang belajar kat sekolah tinggi shinhwa tu lahh..pelakon utama citer ni Lee min ho (LMH), Kim hyun joong, Kim bum,Kim joon semua nya hensem bangat dan kaya raya..citer ni berkisar ttg anak org kaya iaitu Lee min ho (gu jun pyo) jatuh chenta dgn anak perempuan pekedai dobi iaitu ku hye sun.(geum jan di)...
Salah satu sebab aku n G  nak sangat pergi ke English Village ni pun sebab dah tergila bayang dgn LMH tu lah..hahah mati lah klu laki memasing tauu...(lempang kanggg), yang best nya tiada bantahan pulak dari ahli jemaah yang lain ..mekasih yer korang (linda, mun, sal, zaty , nani n Kak as). Apalagi masuk itinenary utk ke sini  yessszaa..

Dari Chunggmuro kami menaiki subway ke yongmun station. Perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam..hheheh train ke yongmun pada pagi itu adalah kosongggg, hanya kami berlapan memonopoli gerabak keretapi pada pagi tuu..
                         
          sila buat macam sendiri punya train, ala2 perangai F4 hehehhe

Sampai saja di yongmun station, kami pun ambil lah taxi untuk ke English village ni..kena bayar 3K won /per taxi. Suasana sekitar english village masih sejuk dan adalah salji sikit2 ..Kami terus menuju ke security  office, ada seorang wanita korea disitu, kami pun membayar entrance fee sebanyak 6k won/sorang, dan dia pun berilah map English Village ni dan sekeping passport.

Lepastu kami pun minta kunci kelas F4., Kalau korang nak datang sini minta siap2 kunci classroom  tu okey,,,sbb classroom  F4 tu BERKUNCI..kang tak pasal2 korang buat 2 kali keja nak turun balik minta kunci, jauh tau guard house tu dgn kelas F4..
TAPI ini pompuan cakap tak boleh masuk kelas F4 tu sbb diorang nak buat renovation..uwa uwa,,,arghhh tak leh jadi datang beribu batu semata2 nak tgk classroom tu kan....maka sesi pujuk memujuk pun berlaku okey...akhirnya dia suruh lah kitaorang naik terus ke F4 classroom dan di beri masa 1/2 jam sajork, lepas tu ada lah sorang pompuan lagi tlg buka n jaga kitaorg masa kat dlm tu..PPppfffrtgmzz.. nak berfoto2 pun ada termalu sikit lah kan, kang nampak oversttt lak kat korean tu..agak2 semua sudut dah bergambar kitaorg pun pegi lah kat tempat2 shooting drama BOF yang ada kat dalam  English Village tu...ok abis citer ..sila layan gambar pulak...ihhi
                             
                                 G begitu teruja okey jumpa oppa LMH 




owhhh oppa LMH 

  meninggal kan jejak kaki 

Nanti nak balik ke Station Yongmun korang kena suruh lah guard tu call kan taxi , sbb kat area ni taxi jarang2 lalu..cara paling senang suruh je guard tu telepon okehh....
sampai je kat yongmun station kitaorg lepak2 lah jap kat cafe yg ada di dalam station tu utk memanaskan badan...kat luar masih lagi cuaca sejuk gigil2 dan beranginn, tambahan train untuk ke seoul lambat pulak..baik minum kopi secawan dulu..

Masa tunggu train untuk balik ke seoul jumpa lah nenek2 peramah n cumil2 ni haa..senyummm je diorang, petua awet muda... senyum sokmo


Dalam train menuju ke Chungmuro kami meneruskan perjalanan ke Dongdaemun, tujuan utama sbb nak makan ikan bakar, kawasan nya agak tersorok, tapi senang je nak cari berpandukan arahan yang kami ambil dari forum cari ,kami masuk kedai pertama, walaupun banyak je kedai2 yang menjual ikan bakar kat situ.. kami order lah 2 set ikan bakar dan sambal sotong...set ikan itu didatang kan dgn side dish  iaitu  tauge besar goreng,  kimchi, seaweed dalam peket,   sup ikan (aku rasa ikan yg tergantung yg kita jumpa kat tepi2 jalan masa kat ski resort semlm) dan nasi...semua side dish ni korang boleh tambah banyak mana korang suka lah ye..semuanya sedapppppp dan harga nya pun takla mahal sangat, kalau tak salah kami bayar 7,500k/won sorang kot.,..tapi kimchi dia aku x suka...masamm sikit.Air pulak ais kosong .. ni lah pestime kitaorang makan kat luar waktu lunch, setelah 4 hari makan 2 kali je sehari (pagi & malam), itu pun dalam GH ..sob sob sob.
Untuk pengetahuan korang kedai ni ada 2 tingkat , jadi kitaorang memilih untuk duduk di tingkat atas, sebelum masuk kat ruang makan tu sila buka kasut , sebab nak kena duduk bersila kan,,,hehheh dan tangga untuk naik ke atas tu kecik , muat2 sorang je ye..agak seksa lah sikit bagi yang berbadan besar.
Sebab sedap sangat kan kami semua sampai mintak nasik tambah...hahahah.

masuk kedai bro ni ye

sotonggg n ikan palinggg nyummy,....

licin okehh
Dah puas makan kami pun meronda lah sekitar Dongdaemun, sebenarnya aku tak de pun nak membeli apa2 , hanya  sekadar cuci2 mata saja...entah camna kitaorang termasuk lah satu bangunan ni, dalam ni banyak kedai menjual cadar , selimut, sarung bantal ..apalagi sebab kitaorang ni mak2 orang kan..maka masing2 membeli lah hatta sehelai selimut untuk buat kenang2an..hehhehe..(selimut 30K/sehelai), Kak As dan linda beli set cadar dgn harga RM300++, manakala aku, G n Sal hanya beli selimut saja..manakala si zaty beli set sudu cucuk buah (omak ee kirim, nak pakai cucuk buahhh made in korea katanya), Kalau ikup napesu pompuan , nak je borong banyak2 selimut tu,,tapi berat ye selimut tu,,tangan nak jinjing pun sakit, lagi takut klu terlebih KG bagasi nnt...tak pelah, bak kata orang biar nyesal beli jangan nyesal langsung tak beli...dekat 2 jam gak lah dalam ni, keluar je tengok hari dah senja...
borong selimut hehheh


 korean silk RM1k++ , set cadar pengantin 

Masa ni kitaorang plan nak menyelusuri Cheongye Stream, Cheongye stream ni , macam sungai klang kat malaysia ni, tapi sungai yg telah di naik taraf lah dan di baik pulih ( dulu diorang cakap Sungai ni kotor pastu kerajaan korea pun ambil inisiatif  menambah baikkan , sehinggalah ramai tourist dan penduduk korea sendiri jadi kan tempat ni tempat beriadah gitewww...),air sungainya jadi jernih, ada waterfall buatan, maka ramai lah orang dok lepak2 kat situ sambil lihat lampu2 , sambil dating2, sambil hirup udara segar..


Tapi kami sekejap je kat sini,  tak sampai pun 300mtr berjalan memasing dah sakit2 jari bawa selimut,
sempatlah snap 5/6 keping gambar ...Sal, Kak as ,dan G cakap diorang nak balik ke GH sbb dah penat sangat, tapi aku , nani, zaty, linda n mun terus lah ke myeondong sbb mun nak cari kasut converse yg boleh lukis2 tu,berpisah lah kami di subway...

with nani survey beg 
Sambil aku dengan yang lain2 cuci2 mata dan survey harga beg..heheh sempat lah belikan sotong kering bakar utk G, Sal n kak As, sbb diorang tolong bawak balik selimut kitaorang ...
Dekat 2 jam kami kat sini , kami pun balik GH naik taxi,, kenalah 4K won/ per taxi,
Sampai je GH makanan telah siap di hidang oleh diorang bertiga tadi..lagi sekali mekasihhhh frenn, lepas mandi2 kami pun.. Bismillahhirrohmanirrahimm.. makan nasik panas dgn lauk sardin pulak...heavenn.

*** kalau korang nak tau, semasa di korea ni, kami tak de nak bagi2 tugas , kau masak nasik , kau masak air., kau hidang or etc ,, ini semua tak de okeh,,kitaorang jenis sapa2 rasa nak buat, buatlah, tiada paksaan.
Tapi memasing mmg dah terbiasa kot, masing2 macam ada rasa tanggungjawab,  sbb kita kat oberci ni tak leh rr nak selfish sangat kan...tak de untung pun wat cam tu..
Tapi yang bestnya masing2 cam paham2 jekkk ..balik Gh da ada je yg masak nasi, yg basuh kain , yg panaskan lauk...tapi yang penting lepas makan semua basuh pinggan sendiri, yang last sila kemas semua hehehhe...jadi tak delah timbul rasa sentap2...syukurr sangat2 dapek kawan travel cam geng2 korea aku ni haa...

Wednesday 17 July 2013

kuih onde-onde

Hari ni nak citer masak-masak

Puasa kali ini aku blom sempat nak terjah pasar ramadhan, hanya Mr F saja yang beli kuih muih , sbb on d way dia balik dari opis, mmg lalu tempat pasar ramadhan..
Macam biasa , Mr F akan beli kuih muih je lah..sbb aku kan isteri mithali, jadi lauk puasa or tak puasa aku mmg kena masak..sbb Mr F tak suka makan lauk2 yg di jual kat pasar ramadhan..sesekali ada gak beli..klu tak beli langsung tu menipu namanya tul dakk..
Tapi untuk puasa kali ni, kitaorg masih belom pernah beli lauk siap di pasar ramadhan....kuih muih adalah 2 / 3 kali gak dia bawa balik...
Anak ku zaqwan suka sangat kuih tepung pelita, manakala sabrina suka kuih koci., nak jadi kan citer
pada puasa ke 3 Mr F pun beli lah kuih koci lagi,..sedang sedap2 si sabrina makan leh pulak ada anak lipas dalam inti kuih koci tu....tapi tak de lak aku terpikir nak ambil gambar ke apa , lepas tu aku bagitau Mr F....meh sini aku buat kuih pencuci mulut utk buka puasa kali ni, walaupun agak bizi dgn kerja di pejabat, aku try gak buat kuih kesukaan anak aku..
Sakit hati aku dgn peniaga pasar ramadan ni, Tolong rr jaga kebersihan , jangan pikir nak untungggggg $$$$ je.. itu belum lagi dgn inti masam nya, kelapa basi nya, tawar nya..haiihhhh harga pulak mahal..giler sungguhh diorang ni meniaga..
kuih pertama aku buat ialah onde-onde gula melaka..sbb sonanggg je nak buat. Ni kalau nak beli RM2=10biji kecik2 je kan..

Bahan-Bahan
1 cawan tepung pulut
2sb tepung gandum
pewarna hijau - sikit je
Air
Daun pandan
** kelapa parut (ambil putih saja) + sedikit garam halus.
Inti
Gula melaka (potong kocik2)

cara2

  1. Campurkan tepung pulut,  tepung gandum, dan pewarna hijau,  masukkan air sedikit2, uli sampai jadi doh.
  2. Ambil doh sebesar ibu jari, bulat2 kan , tekan sikit di tengah masukkan gula melaka .
  3. Panaskan air dalam periuk masuk kan daun pandan, supaya nak bagi bau, sbb aku malas nak blender daun pandan untuk buat pewarna hijau..
  4. Masuk kan kuih tadi dalam air mendidih , tunggu sampai kuih tu terapung2 di permukaan , tandanya kuih tu dah masak , angkat terus golek2kan dalam kelapa tadi.
  5. hidangkan..senang yg amat...






Saturday 13 July 2013

Korea Day 4 - hari yang penuh dugaan dan cabaran

Hari ini 27 jan 2013 (ahad) - suhu masih negative
Hari yang penuh dugaan dan cabaran
Rancangan pagi ini kami akan ke Yong Pyong Ski Resort di Daegwallyeong-myeon,Pyeongchang , Samyang ranch windmill dan sheep farm.Untuk pengetahuan Yong pyong ski resort ni adalah ski resort yang terbesar sekali di korea. Tempat ini juga selain akan menjadi tuan rumah untuk acara ski sukan olimpik musim sejuk 2018 nanti ,disini juga menjadi lokasi penggambaran untuk drama "winter Sonata" dan drama "That Winter,The Wind Blows".
Disebab kan semua tempat ni berada jauh dari bandar seoul,lebih kurang 3 jam perjalanan,  maka kami semua bersetuju untuk mengambil seorang Tour Guide, dia adalah pelajar tahun akhir di salah sebuah universiti disini. Nama nya Haniff, berumur dalam 24 tahun, married already..melepassss...hahahah... kami membuat booking melalui facebook saja , dia menyediakan transport kia carnival untuk kami dgn bayaran 47K/sorang termasuk petrol.
haniff aka TG
Malam tadi Kak As telah merebus ketupat segera sampai pukul 1.00am, phewwww rajin betul.. sebagai bekalan kami pada pagi ni, kira2 cam nak g piknik lah ni..hehehe, selain ketupat ada rendang daging , kuah kacang dan juga serunding..
Kami janji dgn haniff pada pukul 7am. dia akan pick up kitaorang kat GH, hampir 1/2 jam menunggu dia tak muncul2, rupanya dia tak tau mana lokasi GH tu,,,apadaa..kami semua keluar ke jalan besar baru nampak dia..hehehe..keadaan dia macam gelabah, rupanya MPV dia dah terlanggar apa tah...sikit je pun , tp dia punya mengelabah..teruk gila..maklumlah dia pinjam MPV kawan dia katanya..Aku duduk depan sekali bersama haniff dan zaty, bahagian tengah sal, nani n G, belakang sekali Kak As, Linda n Mun..
Jadi kami pun memulakan kan lah perjalanan dgn lafaz bismillah...dup dap dup dap hati aku berdebar2..
Haniff pun set lah GPS dia, klu korang nak tau kat sini semua kereta ada GPS ni, tapi GPS haniff tak up to date..isk  isk isk jadi bertawaf lah kami di sekitar Chungmuro sebanyak 2 kali baru lah jumpa highway untuk keluar dari seoul....

Dengan cuaca yang masih negative, tiba-tiba cermin depan dan cermin sisi MPV tu berkabus dan berais, takutt oo masa ni,,takut kemalangan jer,sbb mmg tak nampak dah jalan kat hadapan kiri n kanan,semua blur dek ais2 tu.. yg si hanif ni pulak tak paham bebeno fungsi button dalam MPV tu..,maklumlah dia selalu naik train subway pegi mana2 kan,,puaslah aku n zaty menekan button2 tu sementara dia menumpukan perhatian 100% pada jalanraya di hadapan...dalam pada tu aku dan zaty pun berborak lah dgn dia,aku tanya dia, dia dah berapa lama ada lesen kereta..dia cakap masa datang korea baru pandai bawa kereta, tu pun sesekali je, aku gulp... telan air liur seramm...kira dia tak berapa cekap lah bawa kereta..sambil2 tu tangan kami mengelap cermin kereta, zaty lap cermin kanan, aku lap cermin depan ..hahaa..tak pelah kitaorg redho jer lahh,,dugaan..
dah nak sampai yeay..
Setelah menempuh 3 jam perjalanan yang aku rasa sangat lah jauh dan asyik lah sesat , kejap masuk highway , sekejap masuk jalan lama , sekejap u turn, sekejap masuk tunnel, mengikut kata arahan GPS yg Guna Pun Salah iteww ..arghhh.. akhirnya sampai lah juga kami ke destinasi pertama iaitu Daegwaalyeong Samyang Ranch untuk tengok windmill(kincir angin),Di sini pun ada kandang kambing biri-biri dan juga kandang burung unta..entrance fee 7K/sorang. Disini juga menjadi lokasi penggambaran filem korea "love story"..korang penah tgk tak cerita tu..aku blom..hehheh..Untuk pengetahuan korang tempat kincir angin ni berada di atas puncak bukit,,.jadi salji sangat tebal dan bersih jer , langit biru tanpa awan, angin bertiup agak kencang, sinar matahari memancar tapi sejukkkk nyaaaaa menggigit hingga ke tulang hitamm...hampir 1 1/2jam kami disini , jadi bergambarlah  sepuas hati , maklum lah untuk kesini kita perlu sewa kereta, kerana tak de public transport untuk kesini terutama nya pada waktu winter,,.Sempat lah kami semua makan nasi impit yang kitaorang bawak pagi tadi , makan dalam van, tak de nak bentang2 tikar ye,..hehehhe makan sampai kenyang..besttt nyaa makan ketupat dgn serunding ramai-ramai , kena pulak ada kopi panas..syiookk oooo.. okeh layanz picture plak
 MPV hijau huhuh
\









Semasa perjalanan turun dari tempat windmill , haniff memberhentikan kereta di tempat menjual susu lembu fresh,,tapi kami tak beli pun , turun kejap ambil gambar jer..
tempat pemprosesan susu segar
jerami untuk makanan kambing biri2.

Perjalanan di teruskan ke Sheep Farm pula,tempatnya berada diatas bukit, van perlu diletak ditempat parking yang disediakan  , jadi kami terpaksa menapak mendaki bukit untuk sampai kesana dalam 1/2km,.bila dengar je kena mendaki, Kak As dan Mun tak mau dah naik keatas, diorang lebih rela duduk dalam van heheeh... jadi aku dengan yg lain meneruskan lah pendakian...menggigil kesejukan kami, cakap pun suara je keluar, bibir tak bergerak lansung , bibir pun kering dan beku kekdahnya yaa...

sepanjang jalan ada tempat mengantung ikan kering 

kuih inti keledek soooo nyummy 3K 6ketul

Di ladang biri-biri ni semuanya penuh salji ,hanya kelihatan pagar , buaian , dan pokok pine saja ..cantik sungguh ciptaan illahii..Subhanallah..
Kambing biri-biri duduk dalam kandang , kita boleh lah memberi makan pada kambing biri-biri itu , makanan untuk kambing boleh ditukar dgn tiket masuk ke sini.
.Disini juga disedia kan satu bangsal yang ada heater untuk pelancong memanaskan badan..
Hampir 1jam juga kami berfoto kat sini..kami pun kembali ke van, masa nak turun .asyiklah rasa nak tergelincir, kena hati2 okehhh....kami berpaut-paut antara satu sama lain, yang jadi mangsa adalah hanif,,,sorry ye Mrs haniff, pinjam jap abe mu..huhuhu.


salji tebal dah macam gula2 kapas

saranghae with linda
gemok2 kambing ...buat kambing golek sodap ni..




di belakang adalah bangsal biri-biri

Sampai je kat parking, masing2 mengelupur masuk ke dalam MPV , maklumlah kesejukan yang melampau sangat kat luar,,tiba2 enjin MPV tak boleh hidup..macam- macam cara kami cuba , enjin masih gak tak hidup- hidup..kali ni bukan haniff je dah menggelabah, kami semua dah menggelabah...haniff pun telefon owner MPV tanya nak buat macam mana, kawan dia suruh call insuran, sbb klu kat sini kereta rosak mmg kena telefon insuran, prosedure nya begitu katanya lah...telefon insuran , insuran plak tak mau jawab..kalau korang nak tau kawasan ni memang tak de kedai nak repair2 kereta ni, sebab kawasan ni kat pendalaman sikit,
Mun dan zaty cuba menanya kat korean yang berada di parking tu ada wire jumping bateri kereta tak,,semua cakap tak de,,tak tau lah diorang paham ke tak apa yg kita tanya..lepastu kami semua pun menolak lah MPV tu beramai-ramai pulak..hahah bayangkan dgn cuaca sejuk beku tu kitaorang tolak kereta...kau hadoo..sob sob sob , masa ni kita org tak pikir menda lain dah , yg kitaorang tau nak bagi enjin tu hidup balik jer.. lagipun hari pulak dah petang..tapi tak boleh jugakkk!!
 Kami semua masuk semula dalam MPV sambil mencari jalan lain...setelah berfikir..aku ajak mun keluar lagi sekali untuk menanya mana nak cari bengkel kereta, mula-mula aku dan mun ke sebuah cafe, tapi masih juga tak de yang tahu,,kami berjalan di sekitar parking ,entah macam mana tiba-tiba kami nampak seorang mekanik kereta sedang cuba membuka pintu sebuah kereta , sbb kunci kereta tersebut tinggal dalam kereta..Alhamdulillahh...mun yg agak pandai berbahasa hangul + fasih berbahasa inggeris terus meminta pertolongan dari mekanik tu..mekanik tu pun menggangguk tanda paham...Alhamdulilllah..
Aku suruh mun pergi ke MPV kitaorg bagitau yg lain yg kita dah jumpa mekanik, sementara aku pulak naik van mekanik tu menunjuk kan tempat MPV kami yg tersadai..hehhehe (sebona eeh aku takut mekanik tu larii, tak mau tolong, sbb tu aku sanggup naik van mekanik yang penuh dgn botol2 plastik kotor, kain buruk dan minyak hitam tu.....hhaha)
Tak sampai 2minit jumping bateri , enjin pun hidupppp...yahoooooo aku melompat tak henggat masa ni ..tetanjat mekanik tu hahaha  lantak lah kan...yang penting MPV tu leh jalan...kena bayar 20K kat mekanik..
kami pun share2 lah bayar,..Dugaaaannn
Selepas tu kami semua cakap kat haniff tak payah lah ke Yong Pyong ski resort tu,sebab hari dah petang. Lagipun kami takut enjin tu mati lagi, tapi haniff cakap dia tetap juga nak bawa kitaorang pegi sana, sbb tujuan utama kitaorang ambil dia pun sbb nak pergi ski resort tu, terkilan pulak nanti katanya..alahai dik.."kami tak kisah lah dik, tak de rezeki namanya" tapi atas rasa tanggungjawab dan kesian agaknya,  di bawa nya jugak kami semua round2 kat ski resort tu, walaupun tak dapat main ski dan naik gondola (cable car) , kami sungguh terharu n teruja okehh sampai jugak kat ski resort tu...1/2 jam je kat sini kami pun balik lah semula ke seoul..





Dalam perjalanan pulang banyak lah yang aku n zaty borak kan dgn haniff , bermacam-macam isu dari family hinggalah ke K pop,supaya bagi dia rasa selesa dan tak mengantuk..maklumlah kami semua tak sempat nak lunch tadi, sbb tak mau berhentikan kereta, takut bateri kereta kong...kesiannyaa lahh.nasib baik zaty bawak bekalan coklat & gula-gula dari langkawi satu plastik ..heheheh dapat lah buat kudap-kudapan..

mun, zaty ,G, nani, Kak as, sally, linda, haniff " TOGETHER WE CAN"



on d way balik ke seoul dah senjakala
Setelah kami sampai di Seoul ,kami ajak haniff untuk makan dinner, tapi dia tak mahu, sbb nak pergi training kerja, dah lambat katanya...
Sampai kat seoul dah pukul 11pm..haniff menghantar kitaorang sampai ke pintu GH, dia minta maaf sangat sbb tak dapat memberikan perkhidmatan yang selesa kat kitaorang..Aku dan yang lain-lain tak de lah rasa nak marah or tersinggung ke..bagi kami ini satu pengalaman baru ,, seronok ada, kelakar pun ada, marah sebesar kuman pun tak de ...inilah cabaran , dugaan dan pengalaman pada aku yg baru berjinak2 dalam dunia travel nih...bagi aku apa jua kejadian yang terjadi hari ini mungkin ada hikmah dari NYA..yang penting kami semua selamat pergi n balik ....macam biasa selepas balik, makan-makan, borak-borak pastu semua pun lena diulit mimpi bermain ski di Yong Pyong Ski Resort..ecccehh...ZZzzzzZZZZzzz