Powered By Blogger

Wednesday 28 August 2013

Emosi



Aku belajar sabar dari kemarahan..aku belajar mengalah dari keegoisan.kerana aku yakin ALLAH sentiasa di sisi ku ...

copy dari FB 

Tuesday 13 August 2013

korea day 7 & 8 - 63 building, MBC, Incheon Airport.

Malam tadi kami semua dah siap packing semua barang masuk bagasi. kerana hari kami akan check out dari Dalkom Guesthouse dan akan bermalam di Incheon airport.Ini kerana flight kami balik ke KL ada lah pada pukul 9.20am hari esoknya , jadi untuk mengelakkan tertinggal flight, kami memilih untuk tido saja di airport incheon untuk satu malam..lagi pun free jee..hahha.
Bagasi balik dah bertambah berat, makanan yang kami bawa ada banyakkkk sangat lebih,walaupun setelah kak As buat cucur ikan bilis adabi sebagai breakfast pagi ni, tapi masih banyak jugak stok yang tinggal..
Jadi untuk tidak mengazab kan lagi bagasi kami,  kami sedekah kan semua makanan kami pada Hanif (TG kami ke ski resort hari tu), masa haniff ambil stok makanan tu di GH dia sangat terkejut..katanya stok makanan yg kami bawa ni bukan untuk 8 hari tapi untuk 3 bulan.Dia tak boleh bawa balik naik train,  terpaksa sewa teksi katanya.....wakakakka

sebahagian stok , ada lagi 2 beg 
Kami letak bagasi kami di reception area..tempat tu dah lah kecik je..ditambah dgn beg2 kami berlapan, bertambah sempit tempat tu..dah lah kitaorang minta tumpang sampai pukul 6pm, sebab pagi ni kami nak ke 63building dan MBC di Yeouido. tempat ni terletak dekat je dgn Hangang River. Kalau datang malam2 boleh naik cruise hangang river, walaupun ada dalam itinenary untuk bercruise di sini, tapi kami terpaksa skip, kiranya 80% saja yang kami berjaya capai dlm trip kali ni, ini disebab kan cuaca yg teramat2 sejuk membataskan pergerakan kami semua..nak ke KBS pun dah tak larat..pasrah je la..heheh
Setelah siap susun bagasi, kami terus menuju ke subway untuk ke Yeouido.



on d way ke MBC jumpa bunga kobis


Tempat pertama yang kami tuju adalah MBC. Tiada apa yang menarik perhatian disini, memandangkan kami tak dibenarkan masuk ke dalam ni..jadi kami hanya berfoto2 diluar MBC ni saja..
Lepas tu kami ke 63 building. Bangunan ni terletak berdekatan dengan MBC tadi...lagipun bangunan ni warna keemasan , senang sangat nak cari....
63building 
Untuk info korang 63 building ni ada lah salah satu bangunan pencakar langit yang tertinggi di Seoul, dan juga dikenali sebagai 63city & Golden Tower.Di sini terdapat 4 tarikan utama iaitu 63 sky art, 63 seaworld, 63 wax museum dan 63 Imax Teater. Tapi kami cuma masuk Sky Art, Seaworld dan Wax Museum saja. Nak ,masuk ketiga2 tempat ni kitaorang ambil pakej harga 32k won sorang.okehlaa.. sila layan gambar...












Setelah puas bergambar kami terus menuju ke subway, masa ni kami naik bas untuk ke subway..naik bus tu Free je, lagipun masing2 macam dah takde tenaga, masing2  dah mula sakit2 kaki..dah nak balik baru terasa sakit semuanya kann....hhehhehe.Sampai di subway kami ambil train ke Dongdaemun untuk makan ikan bakar lagi sekali , (baru2 ni aku baca forum, rupanya ramai forumer cakap kat kedai-kedai yang jual  ikan bakar ni ada serve vavi (pork) ..laaa iyoo ko..., masa kitaorg g sana takde  pulak nampak binatang ni diorang bakar , yg aku nampak semua ikan,,Wallahhualam, kiranya korang rasa was2 sila skip tempat ni yer...)
Setelah mengisi perut sampai kenyang dan dapat lah lelap mata dalam 10minit, kami pun keluar lah cuci2 mata di sekitar Dongdaemun, G, Kak as, dan Sal terus balik ke GH. Sementara aku, mun, zaty, linda dan nani terus ke Good Morning Mall untuk shopping dan cuci mata buat kali terakhir..ehhe.
Jam dah pukul 5pm, kami pun ambil taxi balik ke GH.

good morning mall again...beli sweater ni ..
Sampai kat Dalkom Guesthouse, yang lain2 dah siap, sempat lah kami minum2 dan cuci2 muka, klu korang dok GH ni , walaupun dah check out, tapi korang masih boleh guna kemudahan seperti bilik air dan dapur diorang yang kat reception tu ye,...nak solat ke, nak  mandi pun boleh,,tapi kitaorang tak lah mandi..lagipun malas nak keluar kan barang2 dalam beg...



Tepat pukul 6, kami pun keluar menuju ke station bus untuk ke Incheon airport.Walaupun dekat je station bus tu dalam 7minit berjalan kaki je, tapi sbb menyeret beg 25KG, bagpack kat belakang 7KG,dgn tangan kiri kanan penuh dgn plastik beg, agak semput gak lah masing2..
15minit kemudian, bus 6015 pun datang,..hanya kami saja penumpang bus malam tu. T money yg aku beli 30K masa 1st day tu, cukup-cukup bayar  tambang bus 10K untuk ke Airport, dan hanya berbaki 1.5K won saja..
dlm bus on d way ke airport ..
Sampai di Incheon airport pukul 8++pm. Kami pun carik lah port untuk tido..okey gak lah airport ni, tak lah bising dan selesa sangat ,ada kedai 24jam juga kat dalam ni, aku cuma beli air susu pisang untuk alas perut dan makan strawberi yg di beli di yeouido petang tadi..
Walaupun cuaca sejuk kat luar, tapi kat dalam airport ni tak lah sejuk , okey je..dapat lah masing2 tido dgn lena.
incheon airport
port tido baik punya
Dalam pukul 5.00pagi kami pun bangun, setelah selesai urusan peribadi, aku ke kedai 24hours beli nescafe panas dan makan dgn biskut tiger yang aku bawa siap2 dari malaysia...
Tepat pukul 9.20am kami  pun berlepas ke KL dan sampai di LCCT dalam pukul 3.30pm..Alhamdulillah Walaupun macam2 perkara terjadi, tapi inilah pengalaman yg berjaya kami tempuhi..cewahhh...bye bye seoul ..ada duit nnt kami dtg lagi tau ihhi..
TammaT...