Powered By Blogger

Sunday 14 April 2013

Padang Bukit Tinggi - Day 3

Hari ke 3 kami di bumi minangkabau ni..
Pagi ini kami akan check out dari Bunda hotel BT dan akan bermalam untuk 1 malam di Padang.
Aku dan yg lain bawaklah beg kami semua turun ke lobi, selepas itu kami ke dining hall untuk sarapan buat kali terakhir di sini..hehhe
Selepas sarapan kami berjalan di sebelah hotel , kerana kat situ ada peniaga2 yang meletak kan jualan mereka..macam2 yang dijual, dan yang paling banyak sekali adalah telekung sulam..aku sempat lagi membeli telekung sulam sebanyak 4 pasang dgn harga RM100 jer..murah kan..sulaman n kain nya pun cantik dan kemas...ada juga di jual beg crostich, baju dan cenderahati..rajin diorang ni meniaga, patut lah kalau orang minang kat malaysia rajin bisnes kann,..,
Destinasi pertama kami pagi ni adalah ke panorama lubang japang..


Lubang japang, ngarai sianok.
nak masuk sini korang kena bayar 8K/ sorang..kat sini ada terowong peninggalan jepun masa dahulu.
kalau korang nak masuk terowong tu pula akan dikenakan 5k/sorang , ini adalah bayaran upah TG yang jaga terowong ni, kira diorang akan cerita pada kita kisah di sebalik terowong ni, tapi kami semua tak masuk lah..malassss heheh


great wall n ngarai sianok
kat sini juga korang boleh nampak ngarai sianok (grand canyon), Great wall Bukit Tinggi  ( baru di bina pada tahun ini) kat sini pun terdapat kedai2 menjual cenderahati seperti replika rumah minangkabau, lukisan2 dan macam2 lagi lah..... aku dan kawan2 pun belilah replika rumah minangkabau dengan harga RM8, diorang pun belilah lukisan berharga RM2 sekeping, murahhhhhhhh nyaa..kalau korang datang sini tak cukup rupiah jangan risau okehhh...kat sini diorang memang terima Ringgit Malaysia juga..hampir 2 jam setengah kat sini , kami pun bertolak menuju ke Tasik Maninjau..



On d way ke tasik ini , Aldi memberhenti kan kami di perkampungan Koto Gadang, di sini ada pertukangan perak, tapi sayangnya kedai tu tutup....pffxxgjhj. grgrrgr tak pelah ..jom kita terus ke Tasik Maninjau ye akak..eh eh eh.. tapi sekali lagi kami berhenti di kedai kain sulam Lindungan Bulan, sebabnyaaa kawan2 aku masih lagi tak puas bershopingg..jadi mereka pun mula lah lagi sekali membeli kain2 sulam, baju kebaya dan telekung  kat sini...dah abis semuanya soping2 kat sini kami pun terus lah menuju ke Tasik maninjau..

Tasik maninjau
Sebenarnya tasik ni mempunyai lagenda nya, kalau korang goggle mesti jumpa kisah tasik ini ok..aku is malas nak menaip, kalau nak juga dengar pegi lah ke BT ni mesti TG akan citer kisah nya okehhh...
permandangan kat atas ni memang cantik lah...ibarat air tasik n langit biru tak de pemisah ...
kat sini Aldi suruh kami cuba rasa apam labu, semua org pun merasalah..sedapp sedap, tapi aku lepas makan naik je bas rasa meloya, seram sejuk badan aku, sendawa sampai nak termuntah...mungkin angin kot..


sawah padi bertingkat mmg banyak di sekitar Bukit Tinggi
apam labu ni lah yg buat aku meloya

sampai je kat Rumah Makan Pondok Selero Keluarga , melambak muntah aku dalam toilet...aiseymennnn..
terus lah semuanya makan kat tengahari kat kedai ni...makanan nya makanan padang lagi lahhh....lauk2nya nampak sedap, tapi selero aku dah tak de pulakk...aku makan nasi sikit , tu pun rasa pening2 je lepas tu...hahah..mula2 aku dok pesan kat kawan2 supaya makan lebih masa breakfast sbb jalan nak ke tasik maninjau ni  bengkang bengkok..ada sampai kelok 44 ( selekoh 44), last2 aku sorang je yang pening dan muntah2..(hazab kau kannnn )...pfxfzfzfxfxffz


Selesai makan kat sini , kami teruskan perjalanan balik ke padang, kali ni Aldi membawa kami mengikuti satu jalan , nama daerah tu Kecamatan MALALAK ( klu tak salah aku lah namanya ni)..dia cakap ini salah satu jalan short cut untuk sampai ke padang..kawasan ni sejuk jer, kabus tebal di sepanjang daerah ini, kereta pun tak banyak melalui kawasan ni, klu malam konfem seram kott...aku rasa macam jauh sangat pulak nak sampai pekan Padang, sbb trip yang dulu kami tak ikut jalan ni...dekat 3 jam baru lah kami sampai di Padang...phewwwww sakit montot, sampai jer kat padang memasing g carik toilet hahahh, kazen aku si illa pulak melambak muntah kat sini...mmmm makan lagi apam labu tuu..hehhe..
sesudah selesai urusan masing2 , kami terus ke Batu Malim Kundang..kena tempoh 1 jam perjalanan lagii....
                                        jalanraya di daerah malalak on d way  ke padang.

 Batu Malim Kundang
Aku yang beriya-iya nak datang sini, sebab nak tengok batu yang menyerupai orang tu, rasanya macam tak lengkap pulak percutian ke sini tanpa melawat batu tu , ihhi..sampai kat sini hari dah pukul 6.30pm wib, dah senja..memang ada lah batu yang menyerupai manusia, kalau kat malaysia kita panggil kisah Tanggang anak derhaka, korang penah baca tak citer pasal si tanggang ni,? rasanya semua pun tau kot, yang mana si Tanggang telah disumpah menjadi batu oleh ibunya sebab derhaka., dah kaya , dapat bini cantik malu nak ngaku mak nya yang miskin ..kan kuang ajaaa tu kann..mmg patut lah di sumpah jadi batu...klu aku, aku sumpah jer jadi emas...baru kayoooo.. lepas tu perut dah lapar , jom lah balik ke padang..
sampai jer kat Padang , dah lapar jom pi makan ikan bakar...


inilah batu malim kundang yeayy...
Kedai Makan Palanta Minang
Sedap sangatt makan kat kedai ni..semua nya menu bakar2..ada sotong bakar, udang bakar, ikan bakar..aku order semua yang aku tulis tu..hehhe, belakang tempat duduk kami tu adalah pantai padang, tapi dah malam tak nampak lah pantai tu, cuma dengar deruan ombak yang memukul pantai je lahh...sambil makan sambil dengar pengamen ( pemuzik jalanan) menyanyikan kan lagu...perghhhhh suara pak cik penyayi tu mmg besttt rr ibarat bakat bukan sekadar rupa atau kalau dia masuk kilauan emas mesti menanggggg nihh... makcik suh dia nyanyi lagu brorey marantika - Biarlah bulan bicara sendiri..mmg malatopp korangg ..dan jangan lupa bagi duit Tip tau..heheh.
Bila semua pun dah kenyang n happy , Aldi bawa lah kitaorg pusing2 pekan padang tu , masa ni hujan lebat, tapi kitaorang masih gak nak g tengok tempat jualan telur penyu..tengok jer lahh , beli tak mau..dah dah jom balik hotel..letih oooo






Edotel Bunda Kandung
Kali ni aku stay kat sini pulak untuk semalam, dulu aku duk Bunda hotel padang.. Edotel ni bilik dia memang luas lah, klu nak bandingkan dengan bunda hotel tu ...tapi aku lebih suka dok bunda kot..dah masuk kan beg  semua dalam bilik..tiba2 black out, hampehhh tull buat seram aku je...kalau korang nak tau kat Padang Bukit Tinggi ni diaorang akan OFF kejap electricity..pastu ON balik..motif dia aku tak tau..ok lah kita tido dulu, sbb pagi2 esok sudah mau ke bandara..Flight balik KL pukul 8.20am wib..



Setelah bersarapan ala kadar, lebih kurang pukul 7.am wib kami pun terus ke airport..Aldi yang menguruskan check in bagasi  dan membuat bayaran Airport Tax 75K/sorang untuk kami semua.
urusan check in bagasi tak de yang terlebih KG,  ...Alhamdulillah..
 Bye-Bye padang bukit Tinggi..nnt aku datang lagi...In sya Allah..

Trip kali ni kami tak banyak singgah kedai2 kain sulam, tak sempat makan kue bika, tak sampai ke kelok 44, nasib baik 1st trip dulu aku dah penah sampai , tak delah rasa terkilan sangat..

                                   pic dgn kekawan 1st trip makan kue bika

cara bakar kue bika 


citer pun abisss ... 4H3M di padang bukit tinggi.







Wednesday 10 April 2013

padang bukit tinggi indonesia ~ hari ke 2

Hari ke 2 kami kat sini,

Aku dan kawan2 turun breakfast kat dining hall di lantai 2 Bunda hotel, Pagi ini menu sarapan ada nasi goreng, mehon goreng putih, sambal, telur mata sapi ,roti bakar, bubur pulut hitam, buah2an, orange juice, kopi dan juga tea..semuanya sedap2 okey..highly recomended lah hotel ni kat korang , harga pun dalam RM110 saja.memang berbaloi lah klu dok sini..lagipun lokasi nya terletak hanya 10 minit ke jam gadang.
\



Yenie Bordir & sulaman
Pagi ini kami akan ke Yenir bordir dan sulaman , sebab semalam tak sempat terjah jadi pagi ni seawal kul 8am wib kita terjahhh hhahah...sampai je kat sana kak yenie dah tunggu, aku n kawan2 pun terus lah menyelongkar kain2 sulam di rumah kat yenie (ayat kau hoverr okehh)..aku beli lah beberapa helai kain sulam untuk buat baju raya...begitu jugak lah kawan2 yang lain ceria jer masing2 kan bila dah dapat baju sulam yang harga nya jauh lebih murah dari malaysia dan sulaman nya memang cantikk..okeh dah beli kain sulam, Aldi membawa kitaorang singgah sekejap di kedai kerepek. Kedai Kripik Sanjai Berlado Ummi Aufa Hakim namanya..


with kak yenie

Kedai Kripik Sanjai Berlado Ummi Aufa Hakim
Panjang gila nama kodai eehh..kalau korang nak tau sanjai tu adalah ubi kayu , jadi macam2 perisa kerepek sanjai ada jual disini, bukan takat kerepek sanjai jer ada jual, kerepek bayam, kerepek keledek, Sagun bakar, biskut2 pun ada jual..tak ingat aku nama2 nya..klu korang nak tau n rasa sila datang sini nanti tauu..hhhehe di seberang jalan kedai ni ada jual baju2 batik indonesia untuk lelaki dan perempuan, aku sempat lah ke sini utk beli baju batik Mr.F, lagi sekali aku kuciwaa, size besar tak de ..eeiiii orang2 indon ni kurus2 sangat lah kann... setelah selesai memborong kerepek kami pun terus ke sulaman hajah Rosma.


borongg neng 
Sulaman Hajah Rosma
( oppss...ini bukan kedai bini tok najib tau hehhe.) Hajah rosma ni adalah antara penyulam terkenal di Indonesia, beliau mendapat banyak anugerah dari kerajaan Indonesia, beliau juga membuka kelas belajar sulaman , untuk belajar sulaman disini korang kena tinggal di rumah yang disediakan...kos belajar nya pula lebih kurang RM5000/sorang sehinggalah korang jadi pandai..dan mesti kena ada minat yang mendalam lah yerr...klu sekadar hangat2 taik ayam, tak payah ler bazir2 duit...menurut menantu puah hajah..ramai pelajar2 dari malaysia datang belajar sulam kat sini,..oklah, kat sini harga kain sulam memang mahal, tapi perghh memang cantikkkkk sulamannya tapi harga ada yang sampai RM500++ yer...aku hanya mampu beli sarung bekas tisu kat sini RM25 sob sob sob jadilah kan..Mar, hana, Hani, Mas dan yang lain beli tudung bawal bersulam, RM40/sehelai, tapi diorang cakap "murah ni kak, klu kat KL dekat RM100 camni" akak x minat tudung bawal dik, akak pakai tudung instant je miahahha...maka dengan senyum nya diorang pun membayar lah masing2 tudung bawal 5 helai sorang...amboiiiii adik2 hakak dasyat yer korang.. pak cik n bad pulak sementara menungggu isteri masing2 mencuci mata n poket diorang menjamu selera lah dengan kuih muih yag di sedia kan di depan kedai ni..dan ianya FREE.. selesai urusan melontar rupiah kat sini kami meneruskan perjalanan ke kedai kopi n pisang salai KINIKU..

Belajar menyulam 
peminat tudung bawal

Perusahaan pisang salai & Kopi KINIKU.
Perjalanan untuk sampai kesini adalah sedikit mencabar , kerana tempat ni diatas bukit, jalan raya pun kecik jerrr dan bengkang bengkok, Tapi permandangan sepanjang perjalanan tu memang awesome... hahha ada gunung ganang, ada sawah padi berteres dan suasana nya memang sejukkkk ...sampai jer kat sini Aldi terus membawa kami ke dapur untuk melihat proses membuat pisang salai, masa ni korang boleh lah merasa pisang salai yang baru digoreng panas2..fuhhh sedapp..dan lepas tu kita boleh lah merasa air kopi fresh kat sini..sila buat sendiri self service katanya ..minumlah banyak mana korang nak.klu tak malu..klu malu secawan cukup lah..hahhahha..Kat sini korang boleh lah membeli serbuk kopi, pisang salai, kerepek2, kulit kayu manis yang di hasilkan oleh penduduk sekitar sini..setelah membeli kami pun bergerak untuk makan tengah hari, sebab jam pun dah dekat pukul 12tghri , jadi yang lelaki nak pegi sembahyang jumaat lagi..jadi kitaorang pun singgah lah di Pondok Flora untuk lunch...







Rumah Makan Pondok flora
Lagi sekali kami dihidangkan dengan Nasi Padang..rumah makan ni adalah diatas kolam ikan tau, korang boleh pilih nak duduk bersila atau nak duduk atas kerusi..kami memilih untuk duduk diatas lantai sambil bersila, Aku dan kawan2 menjamu selera dahulu,,sementara yang lelaki pergi solat,,.memang best lah makan kat sini, sambil makan angin bertiup sepoi2, mata di jamu dengan permandangan sawah padi ssyiokklahh tenanggggg jerr...tiba2 aku nampak Yna.  saapa Yna? Dia aku kenal hanya di alam maya dalam forum cari, sebelum kesini kami selalu berbalas PM, ditambah pula tarikh kami ke sini sama dan menggunakan servise TG yang sama..cuma dia di bawa oleh kawan aldi..hehhe tengok kat malaysia tak pernah pun jumpa , sampai kat sini baru berjumpa ..kocik je donia ni haaa..dah lah tu jom p istana jom..





                                          Jumpa Yna - kenalan di internet


Istana Pagaruyung Batu Sangkar
On d way ke istana pagaruyung Aldi memberhentikan bas, untuk menunjukkan pokok kelapa unik..kawan2 aku pun teruja sekejap..memasing OOOo ..ehhehe, dah citer pasal keunikan pokok kelapa tu kami pun meneruskan perjalanan ke istana tuu...
                                                        unik sbb batang kelapa tu yer..
cuaca masa ni sangat panas terikkk..walaupun cuaca sangat panas kawan2 aku tetap mahu berklik klik klik..ok sila lahh...apabila dah tak tahan panaas baru lah masing2 lari masuk dalam bas heheh..kat sini aku sempat lah beli buku "tenggelamnya kapal van der wjick" dulu aku ada novel ni,,tapi dah hilang..antara orang yang paling seronok sampai kat sini adalah makcik okehh..dia tak sangka dapat pulang ke kampung halaman katanya..rupo2nya dio keturunan minang, semua adat istiadat minang dia tahu, aiyooo aku is malu okehh ..aku pun minang gak , tapi minang failed dari bahasa seharian hinggalah adat istiadat..kesian kau nora ( jgn salahkan aku okeyy ..tak sempat nak tanya nenek aku tau,,sbb nenek aku innalillah sebelum aku wujud kat dunia ni)...dah jangan sedih2 jom pi Tasik singkarak pulak




Tasik singkarak
Tasik ni adalah tasik ke2 terbesar selepas Danau Toba di medan..,yang istimewa kat sini adalah ikan bilis/ikan tamban dari tasik ini..luasnya tasik ini adalah seluas lautan tau..kat sini juga disediakan bot untuk pelancong untuk mengelilingi sekitar tasik..tapi kami tak cuba punn..kami cuma menghirup angin petang kat sini..ikan bilis tu pun tak belii...hahahaha.dah boring kat sini Aldi suggest kitaorang balik semula ke BT lah..hari pun dah petang ok..balik lah mandi2 dulu, luruskan pinggang kejapp, aku suruh aldi datang pick up kitaorang dalam pukul 7.00pm wib untuk dinner..
Sampai kat bilik hotel, Mar, mas, hana n hani cakap nak keluar makan...sebab masa lunch tadi Mar tak makan, jadi aku pun temankan mereka ke warung Dja jan di sebelah Nikita Hotel..kami kesana berjalan kaki saja..sebelum tu kami singgah di supermarket di seberang jalan warung Dja jan untuk membeli kudap2an..



Warung Dja jan
1st trip dulu aku penah makan kat sini dengan kawan2, masa tu service kat sini memang bagus..Tapi kali ini aku terpaksa menunggu hampir 1jam okehhh hanya untuk semangkuk mee bakso dan Mas terpaksa menunggu sejam setengah hanya untuk chicken chop yang presentation nya hanya ala2 kadar, yang cepat sampai adalah order nasi goreng, ada juga pelanggan yang terus meninggal kan kedai ni bila order tak sampai2 hingga ke sudah grgrgrgr nasib baik rasa makanan kat sini boleh tahan, kalau tak aku pangkah kedai ni kalau aku datang sini lain kali..masa ni azan maghrib pun dah berkumandang dan hujan pun dah mula turun, aku terus ajak kawan2 balik ke hotel..sambil tu boleh lak singgah beli murtabak wan (apam balik) perisa cheese harga RP18K, sedapp nyaaa lahh, lepas tu singgah lagi kat kedai tepi jalan sebab hani nak beli baju kemeja untuk pakai untuk hari esoknya..masa ni hujan semakin lebat, aku dan kawan2 berlari sampai jer depan pintu lobi...aku nampak mak cik, pak cik, iza, bad, illa n Nat semua mata tertuju kat kami...rupanya2 diorang dah siap nak g dinner..aku tengok jam baru pukul 6.45pm wib...aku terus call aldi suruh dia cepat sikit, mak cik cakap pak cik dah lapar tau...oo okey aku terus minta maaf kat diorang semua..5 minit kemudian Aldi pun sampai..Mar, mas, hana n hani tak mau dah g dinnner,sebab dah kenyang.. aku cadang nak bawa diorang pergi tengok persembahan kebudayaan minangkabau tapi diorang pun tak mahu..okehh klu camtu aku suruh diorang duk kat bilik je lah...lagipun kat luar hujan lebat sangat.. manakala aku menemani yang lain pegi dinner...malam ni kebanyakan restoran penuh..aldi bawak kitaorang g maakan di restoran Family benteng



                                                    bosannnn lama sangatt tunggu.

Restoran Family Benteng
Lagiiiiii sekali makan nasik padang..yang lain2 makan ..aku cuma order jus laici,,,hehe lepas makan aku tanya ada sesapa nak g tengok persembahan kebudayaan minangkabau tak, mak cik adalah orang pertama setuju hehehh..jadi kami semua pun setuju lah nak g tengok..


iza n bad pengantin baruu..
 persembahan kebudayaan minangkabau
bayaran masuk 50K/sorang, kat sini kami di persembahkan dengan tarian piring, pencak silat, tarian atas kaca, tarian permainan api, nanyian minang kabau Dll ...sangat cool ok..hehe kebanyakan yang datang kesini adalah pelancong dari singapura, malaysia dan semestinya penduduk indonesia sendiri.. hampir pukul 11pm wib persembahan ni berakhir...kami pun balik ke hotel..
aku masuk bilk jer , mandi terus kepengsanan...ponekkkkk nyaaaaa.. 







                                                        ewah ewah.... nat n makcik dancing 
bersambung lagii...