Powered By Blogger

Thursday 31 October 2013

memori di vietnam - day 2

Vietnam Day 2
Hari ke 2 kami disini, selesai saja subuh., aku masak nasi., aku memang bawak periuk nasi paling kecik, kalau travel..senang nak panas2kan lauk n masak nasi..jimat sikit...
aku pun panaskan kan lauk ikan sambal yg MIL bekal kan untuk kami..heheheh di samping tu, aku sediakan bekal untuk kami bawa ke mekong river tour nanti.
Pagi ini kami akan ke Mekong river tour, travel agent (TA) dah beritau aku siap2 bahawa makanan untuk lunch adalah tak halal..kami kena bawa makanan sendiri...kalau tak nnt kelaparan, sebab tour ni makan masa sehari juga..dari pukul 8am hingga 5pm ..phew..
Tepat pukul 8am , Travel agent dah menunggu kami di lobi hotel untuk di bawa ke bas pesiaran..opps sebelum aku lupa untuk mekong river tour ni harga pakej nya adalah 10USD seorang..yg mana aku rasa memang murah sangat...
Masuk je bas, bas dah penuh dengan pelancong, mereka semua dari berbilang negara, ada dari turkey, london, thailand, filipina, indonesia, US dan hanya kami dari malaysia...okey lah..kami pun mula lah membuat perjalanan, ke sungai mekong tu..
perjalanan ke sana memakan masa selama 2 jam..dan bas berhenti di RnR selama 1/2 jam,,untuk membeli air, makan dan membuang hajat..ehhehehe..akhirnya sampai lah kami ke sungai mekong. 
Disini kami di arahkan naik ke sebuah bot.. Tour Guide (TG) kami bernama Tom menerangkan lah segala asal usul n sejarah sungai mekong..mula2 bot berhenti di Pit Stop pertama..iaitu tempat membuat gula-gula kelapa.
moh ler layan gambar..tak tau nak citer apa...hhehe




gula2 kelapa tah apa rasanya...

Selepas melawat tempat membuat gula2, kami di bawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari...tapi aku n MR F tak de lah join makan, sbb dah tahu tak halal kan., ada pelancong dari indonesia 3 orang  terpaksa menahan lapar... siannn....kami duduk di kerusi di tepi sg mekong makan bekal yang kami bawa...selepas makan, Tom bagitau kami boleh menungang basikal melawat sekeliling kampung..tapi kami memilih untuk tidur di buaian (hammock).
Di vietnam ni korang boleh nampak buaian ni kat semua tempat ada...agak nya diorang ni suka berbuai kot..hihihi ..lama juga lah kami kat sini sampai boring2 aku dah dgn MR F, yang pelancong2 lain macam tak boring lah kot..tengok diorang naik basikal ke hulu ke hilir macam seronok sangat..dah la panasss..
buaian merata-rata 

buah kelapa laut 


 dah kenyang patut naik basikal macam minah salleh baju pink..tapi kitaorg pilih berbuai hhheee.
TG Tom dengan aktiviti bermain terup..
dekat 2 jam juga kami di sini...aiyooo boringg okeyy
Selepas tu kami di bawa naik sampan menyusuri celah2 pokok kelapa laut (kata si Tom ), pendayung sampan tu seorang mak cik..sampai kat tempat berhenti..semua orang kena bagi tip 1 USD okehh...
Kat sini kami di jamu dengan air limau + madu..sesapa nak beli madu ke, propolis(air liur lebah) ke boleh lah beli kat sini, harga sangat2 murah , macam propolis tu kat sana baru 15USD 1 botol ..kira murah lah.klu kat sini MLM jual mahal..dulu2lah masa org sibuk dgn propolis ni..sekarang ada lagi ke?
Selepas tu kami di bawa ke tempat buah2an..kat sini kami di hidangkan dgn buah2an tempatan..ada buah naga, betik, nenas n ciku...sambil makan kita akan dihiburkan dgn nyanyian, heheheh penyanyi perempuan tu menyanyi dgn penuh semangat, lagu " kalau gembira tepuk tangan" pun ada..hhahah..



Mr F dah macam vietnamese 



madu + limau

propolis USD 15




Kat sini pun ada beberapa gerai yang menjual souvenier.. pukul 3.30pm kami semua menaiki bot semula untuk menuju ke tempat bas.
Bas kami berhenti selama 45minit di MY THO, sebab TA membuat pertukaran pelancong yang akan ke Hanoi menaiki van, manakala yang menaiki bas terus balik ke hotel masing2.
Kami sampai di district 1, hampir pukul 6pm, perut sangat lah lapar..kami terus menuju ke kedai hajah basiroh dan terus order PHO (kue teow sup), sangat2 sedap..setelah kenyang kami terus balik ke hotel

Bas Tuan travel tour agencies 

bismillahirrahmanirrahim..jemput tengok

Malam nya kami keluar untuk ke pasar malam..pasar malam kat sini banyak menjual, telekung, T shirt, dan beg hiking , makanan pula tak banyak di jual. Ramai sungguh orang malaysia kat sini, rasa macam aku berada kat pasar malam bdr baru bangi jee..hehhehe
Kat sini sempat lah kami membeli beg North Face harga 10USD, Tshirt dan telekung dan beberapa fridge magnet...gambar pasar malam tak de lah ye..malas nak klik2 memalam..
Semua barang kat pasar malam ni sangat murah..walaupun dah murah korang kena minta tawar lagi...
Dan ada juga beberapa penjual menerima RM kat sini...kira korang boleh guna USD, RM dan Dong lah kalau nak membeli..tak da masalah...sudah penat membuat tawaf satu pasar malam, kami pun balik ke hotel
ZZzzzzzz..













Saturday 12 October 2013

memori di Vietnam.~ day 1

Vietnam - Day 1

Sebenarnya aku ke vietnam pada tahun lepas. Sebelum segala memori dlm kepala aku ni hilang, baik lah aku tulis sesiap dalam blog aku ni..hehehe , lagipun aku akan ada edisi meripit ke sini dgn kawan2..In sya allah..
Seperti biasa aku menaiki flight Air Asia, travelmate aku kali ni adalahh laki aku sendiri heheeh..iaitu Mr F.
Kira aku cam p hanimun utk kali ke 2 lah ni..setelah 14tahun kawen barulah dapat hanimun balik...ooohh 
Anak2 aku tinggalkan dgn MIL mekasih mak,...
Aku ke sana selama 4hari3malam.,tanpa guna travel agent..konsep nya Kasi Redah saja...hihihi. tujuan utama adalah untuk sightseeing saja n NO soping2...pfgsvsbdhdh
Setelah membuat survey harga hotel yang murah dan lokasi hotel yg strategik iaitu mesti lah dekat dgn ben than (tempat soping), pasar malam, dan paling penting dekat dengan kedai makanan halal. , aku akhirnya menempah city hotel dgn harga USD25 semalam tanpa breakfast. (breakfast kat hotel ni tak halal).Hotel terletak hanya 10 langkah ke ben than dan pasar malam..sangat2 dekat rasa berbaloi aku ambil hotel ni..
Flight aku sepatutnya pada pukul 10am tapi telah di retime kan oleh AA ke pukul 7.45am..jadi kul 8am aku dah terpacak di  Tan son nhat HCM.
Keluar saja pintu ketibaan , aku dan Mr F terus mencari Bus no152 utk ke Ben  than.
Kami menunggu selama 10minit , bas bernombor 152 pun sampai..aku hanya bertanya "Ben than" pemandu tu menggangguk..tambang bus dari aiport ke Ben Than adalah dalam 4000k Dong/ sorang.
Taxi pun ada banyak untuk ke sana, tapi agak mahal lah..USD 25 untuk sebuah taxi, beza banyak ooo ...tak payah membazir...Lebih kurang setengah jam kami dah sampai di terminal area ben than..setelah nampak landmark iaitu patung orang menunggang kuda ehheheh..
Saigon Bus no 152

station bus kat belakang


 Ben Than market
Aku jadi sedikit serabut dgn jalan raya yang penuh dgn motosikal  di sana, ada nak ke kiri ada yg nak ke kanan, ada yg melawan arus..pening sekejap.setelah berjaya melintas ke ben than market, kami mencari lokasi hotel..tak sampai pun 5min kami dah sampai di city hotel jln luu van hlang..mmg betul apa yg di riview di agoda...mmg sangat2 dekat hotel ni dgn ben than market, iaitu cuma 10 langkah saja ...
memandang kami sampai awal jadi kami tak boleh lah nak check in, jadi kami cuma tumpang kan beg di receptionist tu, terus lah ke saigon square, kami hanya berpandu kan map yg aku print siap2 dari blog si zaty..http://amateurtravelholic.blogspot.com/2012/07/saigon-city-with-honk-part-2.html
Saigon Square
Di sini kami hanya window soping saja, mula2 ingat nak beli winter coat, tapi Mr F cakap awal sangat nak soping..kita jalan2 dulu..lgpun dekat je tempat ni dgn hotel, nnt kita dtg balik..akhirnya sampai sudah langsung tak pegi sini..terlupa terus...aku hanya beli simkad vietnam supaya senang kami calling2 ke malaysia saja di sini...kat saigon square ni banyak jual kain baju jer..adalah 1/2 jam je kami disini,.pastu kami nak ke post office, tapi tak jumpa pulak jalan nak kesana tapi kami jumpa masjid..heheh
Masjid Ar Rahim 
Mr F terus buat solat sunat disini..sambil menunggu Mr F solat tiba2 jumpa orang malaysia iaitu abg zul,isteri dan kawan2nya yang di kenali Misah n superfren.Sebenarnya abang zul ni ada buat pakej untuk melancong dgn harga yg amat berbaloi2..bukan di sini saja malah ada juga ke pakej ke guilin..kalau korang berminat, boleh contact beliau di sini..https://www.facebook.com/zul.kuale?fref=ts


with kusyi hirdan
misah & superfren, .

malah isteri beliau juga ada lah penulis buku dgn nama pena nya kursyi hirdan..setelah berborak dan minum secawan kopi ais, abg zul dan kawan2 pun meminta diri utk ke tempat lain...menurut abg zul , kalau hendak mencari makanan halal senang saja, mula2 bagi salam, cek kat  gerai or kedai ada lambang bulan bintang dan biasanya makanan yg di jual dihadapan masjid selalunya halal...kebetulan gerai yang menjual kopi ais tu mmg halal dan ada menjual nasi , aku n Mr F pun terus order nasi utk lunch .hehhehe..kami hanya order nasi putih, sayur campur , ikan goreng sweet sour dan sup ayam dgn labu..(pestime makan sup ayam dgn labu..aku mmg tak boleh telan, tp Mr F mmg laju jee)..
lunch
slurrrpp..sedapp kopi ais nyaa..
Setelah membayar dan bungkus kopi ais, klu korang datang vietnam , kena cuba kopi ais vietnam tauu mmg mabeles lahh...hheh..kami bertanya lah kat pekedai tu jalan nak ke post office..si bini tunjuk kanan, si lakinya tunjuk kiri..arghhh pening kepala, padahal aku siap tunjuk tu gambar post office tu...last2 aku tahan taxi tunjuk gambar post opis tu, terus sampai depan post office..nasib baik naik teksi,,klu tak mau tanggal kepala lutut aku laki bini..macam jauh aku rasa dari masjid tu nak ke post office...
Post Office
Kenapa nak ke sini, nak buat apa? Biasanya klu ke HCM mesti pelancong datang kesini, mungkin kerana rekabentuk bangunannya yg unik, tapi kat dlm post office ni bukan setakat menjual setem or nak pos surat atau poskad saja, tapi ada kedai cenderemata..tapi lagi sekali, aku tak beliii pun..
post office


sebelum keluar dari sini Mr F bertanya dgn pekedai disitu macam mana nak ke hard rock cafe..sbb kami nak beli baju yg dikirim oleh kawan..katanya hanya di belakang post office saja,,mmg dekat sangat,,sebelum tu sempat lah kami bergambar di Notre-dame cathederal yang berhadapan dgn post office ni je ,nak ke paris entah bila ..kita ambik gambar kat sini dulu hehheh..ambik gambar lebih kurang ,
Notre Dame cathederal 
 terus lah kami ke HRC..aku n Mr F pun beli lah baju sehelai sorang kat sini utk pakai esok..sbb kami mmg tak bawak baju pun, dtg sini sehelai sepinggang ...
my hero ihhi.
lepak jap ..muka penatt
reunificaton palace

setelah membeli di sini kami berjalan lagi utk ke Reunification Palace..tapi rasa macam kaki penat sangat, kami pun lepak jap kat pasteur.Bangunan tu di seberang jalan  pasteur tu saja..sebab malas nak melintas..kami pun snap gambar dari jauh je..
Setelah berehat sekejap, kami pun ambil keputusan balik ke hotel, lagi pun hari dah petang ,kali ni kami hanya berjalan kaki saja untuk ke hotel...walaupun memang blurr jalan balik ke sana,, tapi kami tetap gak berjalan..tiba2 kami jumpa lorong sempit..kat lorong tu banyak gerai menjual makanan, kain  baju, Mr F pun tanyalah harga baju hujan untuk pakai naik motor, mula2 aunty kedai tu tulis 50K dong.dua tiga kali aku tanya betul ke harga tu,,,dia pun angguk2 kemain lagi...kitaorg apalagi..wah murahh..last2 dah masuk dalam plastik beg dia cakap 50USD..ko gila ke hapa..naik angin aku..terus aku ajak Mr F blah cepat ..membebel-bebel aunty tu ..lantaklah.
Sambil mata melilau cari jalan balik ke hotel.. kami di sapa oleh seorang lelaki menjual air kelapa, Mr F pun menanya lah jalan nak ke Ben than..boleh pulak si penjual air kelapa tu berhenti potong kelapa terus bagi Mr F terus minta USD 5..aku dah pesan berkali2 dgn Mr F jangan ramah sangat nak bertanya apa- apa dgn penjual air kelapa, jangan naik beca sbb diorang tu kaki sembelih..geram je aku ...jalan punya jalan akhirnya sampai jugak kami ke hotel kami, tapi sebelum balik ke hotel sempat lah kami meninjau kain di Ben than market sekejap, aku pun beli lah kain cotton untuk aku, anak2 dan mak mertua..
beli cotton kat kedai lyn..murah n rambang mata.(gambar blurr,pakai henpon)

sambil tu kami singgah lah di beberapa company travel agent untuk booking tour ke chu chi tunnel dan mekong river, tapi harga yg di tawarkan semua mahal. sebenarnya aku nak cari office travel agent Tuan Travel , tapi tak jumpa.. lorong manatah office nya..last2 aku dah give up.kami pun balik lah ke hotel, lagipun  kaki aku rasa macam nak tercabut..sampai hotel terus aku call TA Tuan Travel untuk booking tour ke Mekong River dan Chu Chi Tunnel, tak sampai 15 minit agent Tuan Travel hantar resit kat hotel kami..setelah buat bayaran penuh utk tour,  kami pun check in hotel...LEGA ..ingat malam tu nak pergi pasar malam kat depan hotel..tapi akhirnya aku tertido sampai ke pagi...lama sungguh tak berjalan kaki jauh macam tu...

singgah sini beli air mineral

 Zzzzzzz



bersambung ke hari ke 2...