Powered By Blogger

Friday, 29 November 2013

Kenangan Suka Duka November 2013

Lama sungguh tak menulis coretan di sini..
Sesungguhnya November kali ni membawa memori suka duka dalam diri ini..

Pada 13 November 2013 (rabu) kami sekeluarga menerima berita gembira kerana anak ke 2 kami Nurainaa Sabrina mendapat Mumtaz dalam semua subjek Peperiksaan Sekolah Rendah Agama PSRA. 
Pada 14 november 2013 (khamis ), lagi sekali airmata gembira keluar sambil menyebut syukur ke hadrat illahi kerana lagi sekali Sabrina mendapat keputusan 5A UPSR..Alhamduliilah dan Tahniah anak ku..semoga sentiasa mendapat kehidupan yang cemerlang di dunia dan akhirat..aaminn.


Selang seminggu mendapat berita gembira ini.Kami di duga dengan berita sedih.
Pada 22 november 2013 kami mendapat panggilan dari Hospital Tunku jaafar Seremban supaya kami adik beradik segera ke sana, kerana emak berada dalam keadaan sangat kritikal.
Paru2 dan jantung emak sudah rosak dan beberapa saluran sudah tersumbat, menyebabkan penyakit Astma emak semakin teruk. Aku dan kakak ku menjaga emak dihospital selama beliau disana.
Akhirnya 24.11.2013 (Ahad) tepat pukul 12.20 tengahari bersamaan 20 muharram 1435H emak telah menghembuskan nafas terakhir dihadapan aku, kakak ku Anita dan juga suami ku Mr F.
Ya Allah , kau tempatkan lah roh emak ku di kalangan orang-orang beriman, dan kau hindarilah dia dari azab siksaan kubur.Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atasnya...aaaminn. Al Fatihah.

Raya 2013 raya terakhir kami bersama emak.







No comments:

Post a Comment

ctnora39@gmail.com