Hari ke 2 kami kat sini,
Aku dan kawan2 turun breakfast kat dining hall di lantai 2 Bunda hotel, Pagi ini menu sarapan ada nasi goreng, mehon goreng putih, sambal, telur mata sapi ,roti bakar, bubur pulut hitam, buah2an, orange juice, kopi dan juga tea..semuanya sedap2 okey..highly recomended lah hotel ni kat korang , harga pun dalam RM110 saja.memang berbaloi lah klu dok sini..lagipun lokasi nya terletak hanya 10 minit ke jam gadang.
Yenie Bordir & sulaman
Pagi ini kami akan ke Yenir bordir dan sulaman , sebab semalam tak sempat terjah jadi pagi ni seawal kul 8am wib kita terjahhh hhahah...sampai je kat sana kak yenie dah tunggu, aku n kawan2 pun terus lah menyelongkar kain2 sulam di rumah kat yenie (ayat kau hoverr okehh)..aku beli lah beberapa helai kain sulam untuk buat baju raya...begitu jugak lah kawan2 yang lain ceria jer masing2 kan bila dah dapat baju sulam yang harga nya jauh lebih murah dari malaysia dan sulaman nya memang cantikk..okeh dah beli kain sulam, Aldi membawa kitaorang singgah sekejap di kedai kerepek. Kedai Kripik Sanjai Berlado Ummi Aufa Hakim namanya..
with kak yenie
Kedai Kripik Sanjai Berlado Ummi Aufa Hakim
Panjang gila nama kodai eehh..kalau korang nak tau sanjai tu adalah ubi kayu , jadi macam2 perisa kerepek sanjai ada jual disini, bukan takat kerepek sanjai jer ada jual, kerepek bayam, kerepek keledek, Sagun bakar, biskut2 pun ada jual..tak ingat aku nama2 nya..klu korang nak tau n rasa sila datang sini nanti tauu..hhhehe di seberang jalan kedai ni ada jual baju2 batik indonesia untuk lelaki dan perempuan, aku sempat lah ke sini utk beli baju batik Mr.F, lagi sekali aku kuciwaa, size besar tak de ..eeiiii orang2 indon ni kurus2 sangat lah kann... setelah selesai memborong kerepek kami pun terus ke sulaman hajah Rosma.
borongg neng
Sulaman Hajah Rosma
( oppss...ini bukan kedai bini tok najib tau hehhe.) Hajah rosma ni adalah antara penyulam terkenal di Indonesia, beliau mendapat banyak anugerah dari kerajaan Indonesia, beliau juga membuka kelas belajar sulaman , untuk belajar sulaman disini korang kena tinggal di rumah yang disediakan...kos belajar nya pula lebih kurang RM5000/sorang sehinggalah korang jadi pandai..dan mesti kena ada minat yang mendalam lah yerr...klu sekadar hangat2 taik ayam, tak payah ler bazir2 duit...menurut menantu puah hajah..ramai pelajar2 dari malaysia datang belajar sulam kat sini,..oklah, kat sini harga kain sulam memang mahal, tapi perghh memang cantikkkkk sulamannya tapi harga ada yang sampai RM500++ yer...aku hanya mampu beli sarung bekas tisu kat sini RM25 sob sob sob jadilah kan..Mar, hana, Hani, Mas dan yang lain beli tudung bawal bersulam, RM40/sehelai, tapi diorang cakap "murah ni kak, klu kat KL dekat RM100 camni" akak x minat tudung bawal dik, akak pakai tudung instant je miahahha...maka dengan senyum nya diorang pun membayar lah masing2 tudung bawal 5 helai sorang...amboiiiii adik2 hakak dasyat yer korang.. pak cik n bad pulak sementara menungggu isteri masing2 mencuci mata n poket diorang menjamu selera lah dengan kuih muih yag di sedia kan di depan kedai ni..dan ianya FREE.. selesai urusan melontar rupiah kat sini kami meneruskan perjalanan ke kedai kopi n pisang salai KINIKU..
Perusahaan pisang salai & Kopi KINIKU.
Belajar menyulam
peminat tudung bawal
Perjalanan untuk sampai kesini adalah sedikit mencabar , kerana tempat ni diatas bukit, jalan raya pun kecik jerrr dan bengkang bengkok, Tapi permandangan sepanjang perjalanan tu memang awesome... hahha ada gunung ganang, ada sawah padi berteres dan suasana nya memang sejukkkk ...sampai jer kat sini Aldi terus membawa kami ke dapur untuk melihat proses membuat pisang salai, masa ni korang boleh lah merasa pisang salai yang baru digoreng panas2..fuhhh sedapp..dan lepas tu kita boleh lah merasa air kopi fresh kat sini..sila buat sendiri self service katanya ..minumlah banyak mana korang nak.klu tak malu..klu malu secawan cukup lah..hahhahha..Kat sini korang boleh lah membeli serbuk kopi, pisang salai, kerepek2, kulit kayu manis yang di hasilkan oleh penduduk sekitar sini..setelah membeli kami pun bergerak untuk makan tengah hari, sebab jam pun dah dekat pukul 12tghri , jadi yang lelaki nak pegi sembahyang jumaat lagi..jadi kitaorang pun singgah lah di Pondok Flora untuk lunch...
Rumah Makan Pondok flora
Lagi sekali kami dihidangkan dengan Nasi Padang..rumah makan ni adalah diatas kolam ikan tau, korang boleh pilih nak duduk bersila atau nak duduk atas kerusi..kami memilih untuk duduk diatas lantai sambil bersila, Aku dan kawan2 menjamu selera dahulu,,sementara yang lelaki pergi solat,,.memang best lah makan kat sini, sambil makan angin bertiup sepoi2, mata di jamu dengan permandangan sawah padi ssyiokklahh tenanggggg jerr...tiba2 aku nampak Yna. saapa Yna? Dia aku kenal hanya di alam maya dalam forum cari, sebelum kesini kami selalu berbalas PM, ditambah pula tarikh kami ke sini sama dan menggunakan servise TG yang sama..cuma dia di bawa oleh kawan aldi..hehhe tengok kat malaysia tak pernah pun jumpa , sampai kat sini baru berjumpa ..kocik je donia ni haaa..dah lah tu jom p istana jom..
Jumpa Yna - kenalan di internet
Jumpa Yna - kenalan di internet
Istana Pagaruyung Batu Sangkar
On d way ke istana pagaruyung Aldi memberhentikan bas, untuk menunjukkan pokok kelapa unik..kawan2 aku pun teruja sekejap..memasing OOOo ..ehhehe, dah citer pasal keunikan pokok kelapa tu kami pun meneruskan perjalanan ke istana tuu...
unik sbb batang kelapa tu yer..
cuaca masa ni sangat panas terikkk..walaupun cuaca sangat panas kawan2 aku tetap mahu berklik klik klik..ok sila lahh...apabila dah tak tahan panaas baru lah masing2 lari masuk dalam bas heheh..kat sini aku sempat lah beli buku "tenggelamnya kapal van der wjick" dulu aku ada novel ni,,tapi dah hilang..antara orang yang paling seronok sampai kat sini adalah makcik okehh..dia tak sangka dapat pulang ke kampung halaman katanya..rupo2nya dio keturunan minang, semua adat istiadat minang dia tahu, aiyooo aku is malu okehh ..aku pun minang gak , tapi minang failed dari bahasa seharian hinggalah adat istiadat..kesian kau nora ( jgn salahkan aku okeyy ..tak sempat nak tanya nenek aku tau,,sbb nenek aku innalillah sebelum aku wujud kat dunia ni)...dah jangan sedih2 jom pi Tasik singkarak pulak
unik sbb batang kelapa tu yer..
cuaca masa ni sangat panas terikkk..walaupun cuaca sangat panas kawan2 aku tetap mahu berklik klik klik..ok sila lahh...apabila dah tak tahan panaas baru lah masing2 lari masuk dalam bas heheh..kat sini aku sempat lah beli buku "tenggelamnya kapal van der wjick" dulu aku ada novel ni,,tapi dah hilang..antara orang yang paling seronok sampai kat sini adalah makcik okehh..dia tak sangka dapat pulang ke kampung halaman katanya..rupo2nya dio keturunan minang, semua adat istiadat minang dia tahu, aiyooo aku is malu okehh ..aku pun minang gak , tapi minang failed dari bahasa seharian hinggalah adat istiadat..kesian kau nora ( jgn salahkan aku okeyy ..tak sempat nak tanya nenek aku tau,,sbb nenek aku innalillah sebelum aku wujud kat dunia ni)...dah jangan sedih2 jom pi Tasik singkarak pulak
Tasik singkarak
Tasik ni adalah tasik ke2 terbesar selepas Danau Toba di medan..,yang istimewa kat sini adalah ikan bilis/ikan tamban dari tasik ini..luasnya tasik ini adalah seluas lautan tau..kat sini juga disediakan bot untuk pelancong untuk mengelilingi sekitar tasik..tapi kami tak cuba punn..kami cuma menghirup angin petang kat sini..ikan bilis tu pun tak belii...hahahaha.dah boring kat sini Aldi suggest kitaorang balik semula ke BT lah..hari pun dah petang ok..balik lah mandi2 dulu, luruskan pinggang kejapp, aku suruh aldi datang pick up kitaorang dalam pukul 7.00pm wib untuk dinner..
Sampai kat bilik hotel, Mar, mas, hana n hani cakap nak keluar makan...sebab masa lunch tadi Mar tak makan, jadi aku pun temankan mereka ke warung Dja jan di sebelah Nikita Hotel..kami kesana berjalan kaki saja..sebelum tu kami singgah di supermarket di seberang jalan warung Dja jan untuk membeli kudap2an..
Warung Dja jan
1st trip dulu aku penah makan kat sini dengan kawan2, masa tu service kat sini memang bagus..Tapi kali ini aku terpaksa menunggu hampir 1jam okehhh hanya untuk semangkuk mee bakso dan Mas terpaksa menunggu sejam setengah hanya untuk chicken chop yang presentation nya hanya ala2 kadar, yang cepat sampai adalah order nasi goreng, ada juga pelanggan yang terus meninggal kan kedai ni bila order tak sampai2 hingga ke sudah grgrgrgr nasib baik rasa makanan kat sini boleh tahan, kalau tak aku pangkah kedai ni kalau aku datang sini lain kali..masa ni azan maghrib pun dah berkumandang dan hujan pun dah mula turun, aku terus ajak kawan2 balik ke hotel..sambil tu boleh lak singgah beli murtabak wan (apam balik) perisa cheese harga RP18K, sedapp nyaaa lahh, lepas tu singgah lagi kat kedai tepi jalan sebab hani nak beli baju kemeja untuk pakai untuk hari esoknya..masa ni hujan semakin lebat, aku dan kawan2 berlari sampai jer depan pintu lobi...aku nampak mak cik, pak cik, iza, bad, illa n Nat semua mata tertuju kat kami...rupanya2 diorang dah siap nak g dinner..aku tengok jam baru pukul 6.45pm wib...aku terus call aldi suruh dia cepat sikit, mak cik cakap pak cik dah lapar tau...oo okey aku terus minta maaf kat diorang semua..5 minit kemudian Aldi pun sampai..Mar, mas, hana n hani tak mau dah g dinnner,sebab dah kenyang.. aku cadang nak bawa diorang pergi tengok persembahan kebudayaan minangkabau tapi diorang pun tak mahu..okehh klu camtu aku suruh diorang duk kat bilik je lah...lagipun kat luar hujan lebat sangat.. manakala aku menemani yang lain pegi dinner...malam ni kebanyakan restoran penuh..aldi bawak kitaorang g maakan di restoran Family benteng
bosannnn lama sangatt tunggu.
bosannnn lama sangatt tunggu.
Restoran Family Benteng
Lagiiiiii sekali makan nasik padang..yang lain2 makan ..aku cuma order jus laici,,,hehe lepas makan aku tanya ada sesapa nak g tengok persembahan kebudayaan minangkabau tak, mak cik adalah orang pertama setuju hehehh..jadi kami semua pun setuju lah nak g tengok..
iza n bad pengantin baruu..
persembahan kebudayaan minangkabau
bayaran masuk 50K/sorang, kat sini kami di persembahkan dengan tarian piring, pencak silat, tarian atas kaca, tarian permainan api, nanyian minang kabau Dll ...sangat cool ok..hehe kebanyakan yang datang kesini adalah pelancong dari singapura, malaysia dan semestinya penduduk indonesia sendiri.. hampir pukul 11pm wib persembahan ni berakhir...kami pun balik ke hotel..
aku masuk bilk jer , mandi terus kepengsanan...ponekkkkk nyaaaaa..
bersambung lagii...
Jom melawat Bukittinggi dan Padang. Hubungi kami untuk urusan booking hotel,transport dan sebagainya.Sms/call 0126665436 atau lawati Blog kami:
ReplyDeletehttp://freelancetour.blogspot.com/
Salam sejahtera..
ReplyDeletePerkenakan saya Yola Tour Operator di PT PESONA JEJAK WISATA T&T BUKITTINGGI.
saya ingin menawarkan Pakej pakej Percutian Padang – Bukittinggi dan tempat tempat menarik lainnya di Sumatara Barat atau Indonesia dengan harga yang murah dan menarik.untuk informasi Silahkan hubungi kami di
Whatsapp + 62 823 8847 1349 ( Yola ) + 62 818 0680 3803 ( Subari )
E-mail : Bari.jejakbali@yahoo.com
Telp : 0752 33543
Facebook : Yola Pesona
website : http://baripesona.blogspot.co.id/
Insyaallah kami akan memberikan pelayanan yang terbaik dan memuaskan.
terima kasih