Kami bangun pukul 6.00am, pagi2 lagi kami dah bersiap dan bersarapan dalam bilik saja.. pagi ini juga kami membawa bekalan nasi, (macam biasa AS adalah org yg selalu dipertanggungjawab kan bawak periuk nasi comel setiap kali kami travel bersama) kerana di JTF tiada menjual makanan halal...
Hampir pukul 8 am kami ke lobby hotel, untuk check out , kerana Setelah ke JTF , kami akan meneruskan perjalanan ke Chiang Mai menaiki bas malam dari Nakhon Ratchasima (Korat).
Hampir pukul 8 am kami ke lobby hotel, untuk check out , kerana Setelah ke JTF , kami akan meneruskan perjalanan ke Chiang Mai menaiki bas malam dari Nakhon Ratchasima (Korat).
Sesampai di lobby, Mr Supakam memberitahu bahawa dia akan menyediakan sarapan halal untuk kami bertiga...Kerana semasa booking hotel, kami ada request sarapan halal.. walaupun kami dah sangat kenyang sbb dah makan nasi dalam bilik hotel, tak sampai hati pula menolak , kerana beliau beria ia mahu menyediakannya ..terharuuu okeyyyy...sebenarnya sblm ke sini, kami selalu berchating dgn beliau, menanyakan public transport dan lain2 hal mengenai Korat..memang bagus lah servis Mr Supakam ni...korang kalau datang ke Khao Yai ni , aku mmg rekemen duduk sini Baan Saranya hotel, lagipun di Khao Yai ni banyak tempat2 menarik seperti Taman Negara Khao Yai, Palio , Chok Cai Farm dll...sementara kami bersarapan, sampai lah pula driver yang akan membawa kami ke JTF...Mr Supakam mengenalkan kami kepada Jay, seorang anak muda lelaki yg berumur dlm lingkungan 30an...sangat fasih bercakap english dan sangat peramah....
Dalam pukul 8.20am kami pun meninggalkan Khao Yai menuju ke JTF ...kami melalui jalan kampung dan pekan pekan kecil. permandangan di kiri kanan sepanjangan perjalanan terdapat resort dan juga perkampungan orang orang thai...kawasan kediaman di sini sangat bersih dan nampak tenang tanpa ada jumpa kambing ke lombu kee...hehe
Perjalanan dari pak cong ke JTF lebih kurang 11/2 jam....so layan view sepanjang perjalanan..
area pak cong
Resort
tasik depan resort
tenang , sunyi cantik...mmmm
Jim Thompson Farm (JTF)
JTF ni hanya di buka kepada pengunjung setahun sekali iaitu bermula pada Disember hingga January. Bayaran masuk ada 120 bath ( weekday) / 140bath (weekend)
public transport untuk ke sini memang susah, kalau korang nak ke sini sewa lah kereta atau songthew. Jim Thompson Farm klik sini untuk info selanjutnya
Setibanya di JTF... punyalahh banyak bas bawa murid2 rombongan.. ahhh .. melihat budak2 tu... tepikir camna nak masuk n beli tiket niiiii...ramai sangat hampir seribu kot.... rupanya urusan beli tiket sangat mudah, sbb byk kaunter dan mereka memberikan keutamaan kepada kami yg pelancong masuk dulu dan naik shuttle..syukurrr... shuttle bas pun mmg banyakk, jd mmg tak perlu tunggu lama. Shuttle penuh jer, sampai dah shuttle yg seterusnya... gitulah efisennya servise di JTF ,
Selain itu dalam JTF ada banyak kedai menjual makanan( non halal) dan minuman, dan toilet pun banyak dan bersih ya amat...
untuk pengetahuan korang, di JTF ni terdapat 5 pit stop..untuk ke pit stop ni kita kena menaiki shuttle yg di sediakan di pintu masuk... kami pun menaiki shuttle untuk ke pit stop pertama...ladang2 bunga cosmos merah jambu dan putih dikiri dan kanan menyambut kedatangan kami...memang Cantik sangat..
ladang bunga matahari seluas Mata memandang di sebelah kanan dan ladang bunga berbagai jenis di Sebelah kiri..ada juga pokok jagung... ok layan lah gambar dan abaikan aksi godik kami berfoto...
celah pokok jagung pun jadi..hehehe
Ladang ni sangat luas yer..kalau korang datang sini, pastikan lah cukup waktu. seeloknya sehari..sbb kalau setakat sejam dua, mmg tak dapat cover semua...
OK lah kitaorang pun dah lapar , jadi kitaorg pun balik ke pintu masuk , kerana di sana di sediakan tempat untuk makan.
nasi ,serunding n ikan masin (abaikan suratkhabar tu) ..heheh
Toilet
bye bye JTF
Jam sudah menunjukan pukul 14.45pm
.Kami pun menelepon Jay mengatakan yang kami sudah mau berangkat ke Korat Terminal bas. Dari JTF ke Korat memakan masa 1 jam... sampai di terminal bas korat lebih kurang pukul 16.00pm ..kami pun membayar Jay dan mengucapkan terima kasih , kami terus masuk ke terminal bas mencari tiket bas ke Chiang Mai untuk pukul 19.30pm.
Ada lebih kurang 3 jam lagi, kami bertiga mengambil keputusan untuk merayau ke pasaraya Big C , window shopping.. kerani kaunter tiket membenarkan luggage kami di simpan di dalam office mereka...baik diorg kann....kami mengambil songthew dgn bayaran 4bath ke Big C.
. Hampir sejam di sini, kami kembali Semula ke terminal bas, bersihkan badan dan tukar baju, ..rasa belengas dan melekit badan seharian berjalan.
kaunter tiket
18.45pm Kerani kaunter menyuruh kami ke platform 7, kerana bas akan bertolak bila2 masa saja...sementara menunggu bas, kami pun makanlah roti, biskut dan susu untuk alas perut..x pe lg pun lunch di JTF kami dah makan nasi, sarapan di hotel pun nasi...kira x de lah lapar sangat...bas yg di tunggu pun tiba, keadaan dlm bas sangat selesaa, seat boleh direbahkan,. Ada selimut dan juga mereka menyediakan roti, air mineral, air kotak juga kacang .
Bas yang selesa
welcoming food
Sekiranya korang bercadang naik.bas malam, eloklah bawa sweater , aircond dlm bas sangat sejuk...12 jam perjalanan pun bermula...zzzzzzzzzZz
>> Jumpa esok di Chiang mai...
Tandas kat JTF memang terbaik! Suka haruman limau purut dalam tandas tu. Btw, bila date uols ke JTF ni eh?
ReplyDeletePM
DeleteTerbaik kannn...ehhehe
ye lorr date tak tulis ..
kami pegi pada 25 dec 2014 hingga 30 dec 2014.