Powered By Blogger

Saturday, 13 July 2013

Korea Day 4 - hari yang penuh dugaan dan cabaran

Hari ini 27 jan 2013 (ahad) - suhu masih negative
Hari yang penuh dugaan dan cabaran
Rancangan pagi ini kami akan ke Yong Pyong Ski Resort di Daegwallyeong-myeon,Pyeongchang , Samyang ranch windmill dan sheep farm.Untuk pengetahuan Yong pyong ski resort ni adalah ski resort yang terbesar sekali di korea. Tempat ini juga selain akan menjadi tuan rumah untuk acara ski sukan olimpik musim sejuk 2018 nanti ,disini juga menjadi lokasi penggambaran untuk drama "winter Sonata" dan drama "That Winter,The Wind Blows".
Disebab kan semua tempat ni berada jauh dari bandar seoul,lebih kurang 3 jam perjalanan,  maka kami semua bersetuju untuk mengambil seorang Tour Guide, dia adalah pelajar tahun akhir di salah sebuah universiti disini. Nama nya Haniff, berumur dalam 24 tahun, married already..melepassss...hahahah... kami membuat booking melalui facebook saja , dia menyediakan transport kia carnival untuk kami dgn bayaran 47K/sorang termasuk petrol.
haniff aka TG
Malam tadi Kak As telah merebus ketupat segera sampai pukul 1.00am, phewwww rajin betul.. sebagai bekalan kami pada pagi ni, kira2 cam nak g piknik lah ni..hehehe, selain ketupat ada rendang daging , kuah kacang dan juga serunding..
Kami janji dgn haniff pada pukul 7am. dia akan pick up kitaorang kat GH, hampir 1/2 jam menunggu dia tak muncul2, rupanya dia tak tau mana lokasi GH tu,,,apadaa..kami semua keluar ke jalan besar baru nampak dia..hehehe..keadaan dia macam gelabah, rupanya MPV dia dah terlanggar apa tah...sikit je pun , tp dia punya mengelabah..teruk gila..maklumlah dia pinjam MPV kawan dia katanya..Aku duduk depan sekali bersama haniff dan zaty, bahagian tengah sal, nani n G, belakang sekali Kak As, Linda n Mun..
Jadi kami pun memulakan kan lah perjalanan dgn lafaz bismillah...dup dap dup dap hati aku berdebar2..
Haniff pun set lah GPS dia, klu korang nak tau kat sini semua kereta ada GPS ni, tapi GPS haniff tak up to date..isk  isk isk jadi bertawaf lah kami di sekitar Chungmuro sebanyak 2 kali baru lah jumpa highway untuk keluar dari seoul....

Dengan cuaca yang masih negative, tiba-tiba cermin depan dan cermin sisi MPV tu berkabus dan berais, takutt oo masa ni,,takut kemalangan jer,sbb mmg tak nampak dah jalan kat hadapan kiri n kanan,semua blur dek ais2 tu.. yg si hanif ni pulak tak paham bebeno fungsi button dalam MPV tu..,maklumlah dia selalu naik train subway pegi mana2 kan,,puaslah aku n zaty menekan button2 tu sementara dia menumpukan perhatian 100% pada jalanraya di hadapan...dalam pada tu aku dan zaty pun berborak lah dgn dia,aku tanya dia, dia dah berapa lama ada lesen kereta..dia cakap masa datang korea baru pandai bawa kereta, tu pun sesekali je, aku gulp... telan air liur seramm...kira dia tak berapa cekap lah bawa kereta..sambil2 tu tangan kami mengelap cermin kereta, zaty lap cermin kanan, aku lap cermin depan ..hahaa..tak pelah kitaorg redho jer lahh,,dugaan..
dah nak sampai yeay..
Setelah menempuh 3 jam perjalanan yang aku rasa sangat lah jauh dan asyik lah sesat , kejap masuk highway , sekejap masuk jalan lama , sekejap u turn, sekejap masuk tunnel, mengikut kata arahan GPS yg Guna Pun Salah iteww ..arghhh.. akhirnya sampai lah juga kami ke destinasi pertama iaitu Daegwaalyeong Samyang Ranch untuk tengok windmill(kincir angin),Di sini pun ada kandang kambing biri-biri dan juga kandang burung unta..entrance fee 7K/sorang. Disini juga menjadi lokasi penggambaran filem korea "love story"..korang penah tgk tak cerita tu..aku blom..hehheh..Untuk pengetahuan korang tempat kincir angin ni berada di atas puncak bukit,,.jadi salji sangat tebal dan bersih jer , langit biru tanpa awan, angin bertiup agak kencang, sinar matahari memancar tapi sejukkkk nyaaaaa menggigit hingga ke tulang hitamm...hampir 1 1/2jam kami disini , jadi bergambarlah  sepuas hati , maklum lah untuk kesini kita perlu sewa kereta, kerana tak de public transport untuk kesini terutama nya pada waktu winter,,.Sempat lah kami semua makan nasi impit yang kitaorang bawak pagi tadi , makan dalam van, tak de nak bentang2 tikar ye,..hehehhe makan sampai kenyang..besttt nyaa makan ketupat dgn serunding ramai-ramai , kena pulak ada kopi panas..syiookk oooo.. okeh layanz picture plak
 MPV hijau huhuh
\









Semasa perjalanan turun dari tempat windmill , haniff memberhentikan kereta di tempat menjual susu lembu fresh,,tapi kami tak beli pun , turun kejap ambil gambar jer..
tempat pemprosesan susu segar
jerami untuk makanan kambing biri2.

Perjalanan di teruskan ke Sheep Farm pula,tempatnya berada diatas bukit, van perlu diletak ditempat parking yang disediakan  , jadi kami terpaksa menapak mendaki bukit untuk sampai kesana dalam 1/2km,.bila dengar je kena mendaki, Kak As dan Mun tak mau dah naik keatas, diorang lebih rela duduk dalam van heheeh... jadi aku dengan yg lain meneruskan lah pendakian...menggigil kesejukan kami, cakap pun suara je keluar, bibir tak bergerak lansung , bibir pun kering dan beku kekdahnya yaa...

sepanjang jalan ada tempat mengantung ikan kering 

kuih inti keledek soooo nyummy 3K 6ketul

Di ladang biri-biri ni semuanya penuh salji ,hanya kelihatan pagar , buaian , dan pokok pine saja ..cantik sungguh ciptaan illahii..Subhanallah..
Kambing biri-biri duduk dalam kandang , kita boleh lah memberi makan pada kambing biri-biri itu , makanan untuk kambing boleh ditukar dgn tiket masuk ke sini.
.Disini juga disedia kan satu bangsal yang ada heater untuk pelancong memanaskan badan..
Hampir 1jam juga kami berfoto kat sini..kami pun kembali ke van, masa nak turun .asyiklah rasa nak tergelincir, kena hati2 okehhh....kami berpaut-paut antara satu sama lain, yang jadi mangsa adalah hanif,,,sorry ye Mrs haniff, pinjam jap abe mu..huhuhu.


salji tebal dah macam gula2 kapas

saranghae with linda
gemok2 kambing ...buat kambing golek sodap ni..




di belakang adalah bangsal biri-biri

Sampai je kat parking, masing2 mengelupur masuk ke dalam MPV , maklumlah kesejukan yang melampau sangat kat luar,,tiba2 enjin MPV tak boleh hidup..macam- macam cara kami cuba , enjin masih gak tak hidup- hidup..kali ni bukan haniff je dah menggelabah, kami semua dah menggelabah...haniff pun telefon owner MPV tanya nak buat macam mana, kawan dia suruh call insuran, sbb klu kat sini kereta rosak mmg kena telefon insuran, prosedure nya begitu katanya lah...telefon insuran , insuran plak tak mau jawab..kalau korang nak tau kawasan ni memang tak de kedai nak repair2 kereta ni, sebab kawasan ni kat pendalaman sikit,
Mun dan zaty cuba menanya kat korean yang berada di parking tu ada wire jumping bateri kereta tak,,semua cakap tak de,,tak tau lah diorang paham ke tak apa yg kita tanya..lepastu kami semua pun menolak lah MPV tu beramai-ramai pulak..hahah bayangkan dgn cuaca sejuk beku tu kitaorang tolak kereta...kau hadoo..sob sob sob , masa ni kita org tak pikir menda lain dah , yg kitaorang tau nak bagi enjin tu hidup balik jer.. lagipun hari pulak dah petang..tapi tak boleh jugakkk!!
 Kami semua masuk semula dalam MPV sambil mencari jalan lain...setelah berfikir..aku ajak mun keluar lagi sekali untuk menanya mana nak cari bengkel kereta, mula-mula aku dan mun ke sebuah cafe, tapi masih juga tak de yang tahu,,kami berjalan di sekitar parking ,entah macam mana tiba-tiba kami nampak seorang mekanik kereta sedang cuba membuka pintu sebuah kereta , sbb kunci kereta tersebut tinggal dalam kereta..Alhamdulillahh...mun yg agak pandai berbahasa hangul + fasih berbahasa inggeris terus meminta pertolongan dari mekanik tu..mekanik tu pun menggangguk tanda paham...Alhamdulilllah..
Aku suruh mun pergi ke MPV kitaorg bagitau yg lain yg kita dah jumpa mekanik, sementara aku pulak naik van mekanik tu menunjuk kan tempat MPV kami yg tersadai..hehhehe (sebona eeh aku takut mekanik tu larii, tak mau tolong, sbb tu aku sanggup naik van mekanik yang penuh dgn botol2 plastik kotor, kain buruk dan minyak hitam tu.....hhaha)
Tak sampai 2minit jumping bateri , enjin pun hidupppp...yahoooooo aku melompat tak henggat masa ni ..tetanjat mekanik tu hahaha  lantak lah kan...yang penting MPV tu leh jalan...kena bayar 20K kat mekanik..
kami pun share2 lah bayar,..Dugaaaannn
Selepas tu kami semua cakap kat haniff tak payah lah ke Yong Pyong ski resort tu,sebab hari dah petang. Lagipun kami takut enjin tu mati lagi, tapi haniff cakap dia tetap juga nak bawa kitaorang pegi sana, sbb tujuan utama kitaorang ambil dia pun sbb nak pergi ski resort tu, terkilan pulak nanti katanya..alahai dik.."kami tak kisah lah dik, tak de rezeki namanya" tapi atas rasa tanggungjawab dan kesian agaknya,  di bawa nya jugak kami semua round2 kat ski resort tu, walaupun tak dapat main ski dan naik gondola (cable car) , kami sungguh terharu n teruja okehh sampai jugak kat ski resort tu...1/2 jam je kat sini kami pun balik lah semula ke seoul..





Dalam perjalanan pulang banyak lah yang aku n zaty borak kan dgn haniff , bermacam-macam isu dari family hinggalah ke K pop,supaya bagi dia rasa selesa dan tak mengantuk..maklumlah kami semua tak sempat nak lunch tadi, sbb tak mau berhentikan kereta, takut bateri kereta kong...kesiannyaa lahh.nasib baik zaty bawak bekalan coklat & gula-gula dari langkawi satu plastik ..heheheh dapat lah buat kudap-kudapan..

mun, zaty ,G, nani, Kak as, sally, linda, haniff " TOGETHER WE CAN"



on d way balik ke seoul dah senjakala
Setelah kami sampai di Seoul ,kami ajak haniff untuk makan dinner, tapi dia tak mahu, sbb nak pergi training kerja, dah lambat katanya...
Sampai kat seoul dah pukul 11pm..haniff menghantar kitaorang sampai ke pintu GH, dia minta maaf sangat sbb tak dapat memberikan perkhidmatan yang selesa kat kitaorang..Aku dan yang lain-lain tak de lah rasa nak marah or tersinggung ke..bagi kami ini satu pengalaman baru ,, seronok ada, kelakar pun ada, marah sebesar kuman pun tak de ...inilah cabaran , dugaan dan pengalaman pada aku yg baru berjinak2 dalam dunia travel nih...bagi aku apa jua kejadian yang terjadi hari ini mungkin ada hikmah dari NYA..yang penting kami semua selamat pergi n balik ....macam biasa selepas balik, makan-makan, borak-borak pastu semua pun lena diulit mimpi bermain ski di Yong Pyong Ski Resort..ecccehh...ZZzzzzZZZZzzz











14 comments:

  1. yesss... tolak kereta dalam sejuk2 tu.. pengalaman berharga n satu-satunya pengalaman yang tak mau diulang... *sebab tolak dalam sejuk*

    ReplyDelete
  2. heehe..nasib baik tak jadi patung cendana.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Yesszaa...terbayang2 maen ski dgn kang jun sang
    huwaa

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. @munira
    taip nama KJK pun debar2..arghh paghah lagu ni wakaka
    next entry akan keluar tak lamo laie..tungguu yo

    ReplyDelete
  7. maknanya kena pergi lagi tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ty..maknanya kena g time autumn plak..hehehe moh kite..

      Delete
  8. Autumn!?? Jgn tinggalkan dakuuu!! Ikut..

    ReplyDelete
  9. Autumn!?? Jgn tinggalkan dakuuu..ikuttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk sally ..macam mana kamoo tau blog aku di sini..??????

      Delete
  10. Salam,sy plan ke korea especially ke ski resort pyeongchang tak lama lg,camne nk ctct haniff ye,ape pon ni email sy zzz7576@hotmail.com atau zamri@acd-malaysia.com...terima kasih

    ReplyDelete
  11. wasalam
    hai zamri , student ni dah balik malaysia ,
    sorry yer tak dapat membantu .

    ReplyDelete
  12. halo, kalau ke sini harus bawa mobil sendiri? tidak ada shuttle bus kah?

    ReplyDelete

ctnora39@gmail.com