Powered By Blogger

Tuesday 23 July 2013

Puding sagu gula melaka

masak2 lagi

Buat pencuci mulut ni pulak, sedap sangat rasanya. Seakan2 rasa cendol..Mr F yang tak suka kuih yang manis pun suka sangat dgn puding ni heehehhe..
ok ni resepi yang selalu aku guna lah..kalau korang nak resepi lain banyak jer kat blog2 masakan yg lain sila gugell okeyy

Bahan2
1 cawan  sagu biji (warna putih)
1 ltr air
2/3 helai daun pandan (simpul)
 
Cara2

1) Rendam sagu 1/2 jam lepas tu tos kan.
2) Mendidhkan air dalam periuk masukkan daun pandan 
3) masuk kan sagu kacau sehingga sagu bertukar warna jernih
4) Tutup api, masukkan sagu dalam tapis lalu kan di air paip( untuk buang kanji)
5) Tos, dan masuk kan sagu dalam acuan.
6) Masukkan dalam peti ais untuk lagi sedap.

Kuah
Bahan2
1 cawan santan pekat
sedikit garam
Cara2
masakkan santan tak perlu lah sampai mendidih, masuk kan garam sedikit.
## nak guna susu cair pun boleh, tapi aku lg suka guna santan.

Kuah manisan
Bahan2
1 ketul gula melaka/gula merah 
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan simpulkan
Cara2
Masukkan semua bahan dalam periuk masak sehingga gula hancur , tapis dan sejukkan.

Cara penyediaan
keluarkan sagu dari acuan, curahkan manisan dan santan pastu leh la ngappp..hehee




 





 


No comments:

Post a Comment

ctnora39@gmail.com